apa kaitannya dalam hidupku?
FM lahirkan irizz masa world cup 2010.
ye ketika lagu waka waka [the official 2010 FIFA] tu ada di sana sini. sekarang pun kalau FM dengar semula terkenang zaman berbadan dua~ hahaa..the power of songs kan?
oke back to the story, due date sepatutnya 18hb jun, namun irizz sangat selesa di dalam perutku sehingga melepasi edd, jadi setelah pelbagai usaha dilakukan seperti berjalan kaki di taman, naik turun tangga tak menampakkan tanda-tandanya, ada satu benda yang FM buat yang memberi kesan pada hari ke 9 selepas due date.
FM menendang bola...
ye..menendang bola. tetapi secara perlahan-lahan sahaja. jangan lah bayangkan menendang sepenuh hati tu ya?angkat kaki sikit dan tendang bola ke dinding dan tendang lagi. dalam 5 minit, rehat, 5 minit dan masuk kali ke-3 sudah terasa active contraction.. : ) kemudian FM ke bilik air dan kemudian turun tanda nak bersalin..dan kemudian terus ke hospital
tahun ni euro 2012. teringat zaman bujang, thn 2008, di mana FM dan housemate dengan aktifnya menyaksikan games di mc drive tru.. memang best.
yang bestnya walaupun lewat tapi tak tuang kerja keesokan harinya. kan GB? siap pakai jersi lagi. hehee..tapi sayangnya jersi oren tu hilang entah ke mana.
berbalik pada perenggan pertama tadi, tentang bola dan kelahiran irizz 'baby world cup'
irizz memang sukakan bola...dan apa sahaja yang bulat seperti belon. irizz juga sukakan upin dan ipin, barangkali kerana kepala mereka yg bulat dan botak tuh..
****
♥ CINTA a.k.a Fatin Mraz
