'TAK KENAL, MAKA TAK CINTA'


. . blogwalk & now u're in my territory. ahlan wasahlan.this is my blog where i express my thoughts, share my experience & meet new friends.




Followers

Wednesday, September 28, 2011

CERITA DALAM SKETCH 1 :

KAED, UIAM 
kulliyyah of architecture & environmental design


setiap kali dalam perjalanan
balik ke kuantan dari kl,
ada satu view yg tak boleh tak tengok.
untuk aku lah.. hee~
lepas tol gombak, 
toleh ke kiri eh silap, kanan, pasti nampak
bangunan ini.
kulliyyah architecture & environmental design
@ lebih fofular dgn singkatan
KAED.

melihatkan view tersebut,
mengingatkan aku zaman belajar dulu. mm..
tak der la dulu sangat.
rase mcm baru grad ajer..
~heee~
~sekian~
agak ringkas entri ini kan?


CINTA


Tuesday, September 27, 2011

MEET MY BEAR, MR. V



ini adalah gambar budak-budak bear.
gambar nih diambil kurang lebih 5-6 tahun lepas.
mase tu saje buat sesi fotografi.

antara sume tuh ada satu fav aku.
sebab kan faveret aku kasik lah nama kat dia..
tapi aku tak tau kenapa..

asal orang tahu nama dia..
orang mesti gelak..

asal aku bagitahu nama dia,
orang akan gelak..

even lepas kawen,aku introduce kan dia kat my mr. husband,  
die pun gelak..

meh la aku perkenalkan
my faveret,

.

.

.

.

.

taraaa!


     ----> IT'S VADER!
used to be my luvly bear...

smile! :P

CINTA

Monday, September 26, 2011

IT'S IRIZZ DAY!


~santai sebelum mandi~



~rrr..juknya~



~splish splashh!~


~santai selepas mandi~
irizz...

CINTA


Sunday, September 25, 2011

The 'H'titude


~sekadar gambar hiasan, tak berkaitan dgn entri~






















dalam resume ditulis 'willing to learn new things'

or

'easy to learn'

atau pendeknya

'teachable'


walhal

dalam realitinya

bila diajarkan sesuatu

ada pula suara halus di dalam dirinya

'..rr..mcm la aku x tahu.'


hipokrit kah namanya itu?


CINTA


Friday, September 23, 2011

ENTRI UNTUK BLOG RATED 'U', BUKAN 18PL MAHUPUN 18SG


A blog a day keeps sadness away.

Aktiviti berjalan-jalan boleh membuka minda.
 blogwalk juge memberi kesan yang sama selain menjimatkan wang.

          dgn blogwalk..boleh baca cerita sahabat blogger..
pengalaman mereka..
tgk travel blog teman-teman,
nak tahu isu semasa..
untuk saling diperingatkan..
tgk gambar teman-teman ...
nak cari idea untuk memasak?
atau nak sumber gelak ketawa.
..ke nak shopping sekalipun.

Blogwalk is like a therapy, buat kite senyum & terkadang gelak berdekah-dekah..

& macamana blogwalk boleh jadi terapi?

.

.

.

kerana apabila kita senyum atau ketawa, ia adalah ubat.
[laughter is the best medicine]


CINTA


Wednesday, September 21, 2011

CURHAT-AKU PERASAN


yang menggelarkan dirimu sahabat,
kamu dimana?
lama x singgah my territory..


salam malam...
aktiviti blogwalk arini seperti biasa. cuma ada satu yg aku rasa x biasa.
itu sebabnya aku nak buat curhat kat sini..
term curhat ni pun baru jer my bestie buat lately.
sebab benda yg triggernya kat blog,
so curahan hati dilakukan kat blog juge lah..

aku perasan..err..bukan perasan yg s-s tu yer.. mm..
apa perkataan yg sesuai ek?
mm..aku sedar, akan satu kehilangan.
kehilangan seorang sahabat blogger yg dulu selalu singgah ke territori ni,
tapi sekarang,
dia tiada ke sini..

jadi utk tidak menambah keruhkan keadaan & x mahu buruk sangka, aku...
aku..
.

.

.

.

.

.


 tak nak fikir lah.

CINTA

~bukan sekadar follower, tp sahabat, itu kata kamu~


SANTAI PETANG

PERBUALAN 1:

suami: agak2 kalau nak buat landskap kat umah kita ni 5 ribu cukup tak?

isteri: mm.. 5 ribu? awak ada ke?

suami: x ada la.. sajer tya bajet..

isteri: huu..buat apa cakap benda yang x ada...? %#%^%&*^*(



PERBUALAN 2:

ibu: jom la kita pegi pasar malam..

anak: awal lagi nih, orang x ramai..

ibu: ye lah, kita bukan nak pergi mase orang ramai..

anak: erk..bukan orang ramai tu, orang belum ramai yang menjual..

CINTA

Monday, September 19, 2011

ADA APA DENGAN DATE


19.9.11
itu date hari ini.
kebetulan nampak cantik bile ditulis.
apa yang cantiknya?
its a subjective thing..

banyak lagi date cantik-cantik yang selalu dinanti untuk diabadikan..
 menjadi hari penuh bererti..
dalam sejarah hidup bagi kebanyakan orang.

aku sendiri tak terlepas.
satu ketika dulu aku n boypren (mr. husband lah tu) mark 08.08.08
untuk diabadikan sebagai hari pernikahan.
harinya dah sesuai, hari jumaat.
jumaat nikah, kenduri keesokan harinya...
tapi..
masa tu jodoh belum sampai lagi.
mark macam manapun, kalau belum sampai seru, apa nak buat kan?

akhirnya, date 28.11.08 aku bertunang.
5 bulan selepas itu diijabkabulkan.

.

.

2 tahun berlalu...
19.9.11 hari ini..
aku bahagia bersama suami terchenta dan dikurniakan Ilahi seorang cahayamata.

jadi date-date nih memang lah best kalau dapat diabadikan.
namun,kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

kesimpulannya, ada apa dengan date?
memang sukar nak jadikan date impian itu sebagai kenyataan, sukar lagi nak mempertahankan ikatan 'aqad' yg dipahat pada date itu.


CINTA



Sunday, September 18, 2011

ANTARA SEBAB KENAPA ORANG BUAT PINTU PAGAR

'assalamualaikum...'
sayup-sayup aku dengar suara budak bagi salam...
lam fikiran aku..'budak nak dtg beraya ni,'
aku pun jenguk keluar.
tak der sesiapa pun. 'umah jiran sebelah agaknya..'

terdengar lagi..
'assalamualaikum...'
mcm dari luar rumah aku jer tuh..
aku jenguk lagi, tanpa bangun dari duduk, jenguk melalui pintu sliding..nampaknya kat gate mmg x der sesiapa.. konpem xder..
.
.

'assalamualaikum...'
lagi sekali..kali ni makin kuat..
isk.. aku saspen dah nih..
.
.
.
.

untuk memastikan dari mana dtgnya bunyi salam tuh,
aku yang dari td duduk bermalas-malasan ni pun bangun..
kelihatan di luar, seorang budak lelaki kat tepi pagar umah..
'acik, boleh tolong amikkan raket saya?'
sambil menuding ke arah sebatang raket yang terlentang baik punya kat atas rumput.
anak jiran aku nih..

wahai anak jiran, lain kali nak dtg, ke nak apa-apa ke,
silalah bagi salam kat pintu pagar yer.. baru auntie nampak kamu..=}


p/s:pintu pagar tuh bukan untuk tujuan keluar & masuk sahaja ye.

CINTA



assalamualaikum, sy dtg nak beraya!!

Saturday, September 17, 2011

Thursday, September 15, 2011

108.'Irizz, Mama Sayang Kamu'




~11 months~


irizz,
sekarang kamu da pandai macam-macam ya..
pandai nak tdo lama-lama..
kalau dulu, sebelum subuh kamu dah jaga..
sekarang, walid gi keje kamu masih tdo,
mama kemas umah kamu tdo lagi..
mama siap masak, baru kamu bangun..
bertuah anak mama..

irizz,
sekarang kamu pandai nak tdo lewat,
malam2 lah kamu nak kaji itu ini,
buat itu ini.. jalan sana sini,
mama dah tidur (pura-pura), baru kamu tidur..
bertuah anak mama..

anak mama,
malam ini kamu demam,
sudah setahun 3 bulan umur kamu.
inilah kali pertamanya kamu demam..sayang,
itulah yg mama risaukan..
makanya, mama belek kamu setiap saat,
pastikan suhu badan kamu turun,
pastikan kamu semakin baik..
mama x tidur pun x apa,
kerana mama sayang kamu..
kerana kamu anak mama..

lots of,
~mama~

our hangouts!

 


Wednesday, September 14, 2011

107._UNDERSCORE_

pagi tadi. aku terbangun 15 minit lagi nak ke pukul 5 pagi.

aku garu kepala. seperti dah cukup tidur. sikit x ngantuk.

mata segar bugar. body clock ramadhan masih ada.


dah jadi rutin ramadhan, bgn pagi untuk bersahur.

aku ke dapur. bancuh soya yang aktif ku minum sejak

aku menyusukan irizz... mmg bagus soya Melilea nih.


ku minum beberapa teguk. terasa nak mengonyel pulak.

aku capai balang biskut raye. sedap gak. biskut yang

selama ni aku x ader rase nak makan pon.


sambil makan biskut-biskut lain, aku terasa boring lah pulak.

lepak sorang2 cam nih.


teringat kemanisan ramadhan yang dah berlalu, waktu2 sebegitu

selalunya aku akan kejutkan suamiku untuk sama-sama bersahur.

and terkadang irizz pun bangun sama untuk join.

sudah 16 hari berada di bulan syawal.

aku masih mengingati bulan puasa.

ramadhan, i missed u already.  

CINTA

Sunday, September 11, 2011

104.GRAF KEHIDUPAN

situasi 1 (dipetik dari perbualan ibu & bapa boboy)
isteri:  cuba abg tgk jiran kita tuh, setiap kali nak pergi keje, dia cium isteri dia, kenapa abg tak buat macam tuh?
suami: awak gila? takkan sy nak buat camtuh? kan isteri org tuh...
isteri:  bukan kat dia. kat saya lah. free apa?

situasi 2 (dipetik dari citer p.ramlee)
"yelah kalau nak gaduh pun gaduh lah... nih apasal sebab belacan pun sampai nak memancung2..?"
kata sudin apabila melihat seorg suami yg sikit punya marah kepada isterinya.

situasi lain (dipetik dari drama melayu petang2 kat tv)
'mulai saat ini kita putus saudara..'

itulah antara situasi2 yang terjadi lam hidup.
hubungan suami isteri, kawan-kawan dan juga adik beradik.

kadang kala baik, kadang ada 'tense'nya.
turun naik kondisi itu lah yg menjadi graf kehidupan.

getaran atau wave itu yang menghidupkan.
kalau ia statik, bukan lah kehidupan namanya.
ringkasnya mcm heartbeatmonitor kt hospital tu..
pasti kita tak mahu ia berhenti tatkala kita melawat insan yg kita syg kan?

jadi untuk suami isteri, berselisih kecil2 tuh jangan lah diperbesarkan.
bak kata pepatah, sedangkan lidah lagikan tergigit..

begitu juga dalam hubungan adik beradik, jangan sampai nak putus2 saudara kerana perkara dunia.
kerana air dicincang takkan putus. namun begitu ada juga yang terjadi angkara harta dan kepentingan diri.

ada baiknya kita gunakan hari baik bulan baik ini untuk bermaaf-maafan, lupakan kisah lampau, buang yang keruh ambil yang jernih.


CINTA

Thursday, September 8, 2011

102.MAKAN BERHIDANG -credit to Pocket

hi thr,
dalam dunia blogging nih..
aku nak kata lama x lama la..
baru pun x berapa baru..
cuma aku tau aku blogger yang mencari sesuatu dalam xtvt blog-walk aku..
nak tau apa?
.
.
.
aku dah jumpa..
salah satu benda yang aku carik..
salah satu oke..aku masih mencari yg lain2 nya..
.
.

lama aku carik..
mlm ni aku jumpa..
dah macam carik apa lak ek..huhu..

infek macam kebetulan,
siang tadi aku buat xtvt 'men-stop following bbrp blogs'
atas sebab2 tersendiri...
yang aku x tau nak citer lam bentuk entry..
nak tau apa?
.
.
.

so aku ketemu jawabannya (dah mcm indon laks, kui kui)
di blog kenalan baru aku..

so ada rase2 nak tau tak apa bendanya tuh?
sila sila lah click di sini

CINTA

Wednesday, September 7, 2011

101.SOALAN STANDARD DALAM SEJARAH

1980-an
anak kau dah setahun kan...  dah boleh buat apa?
mak pun jawab..

anak pun membesar

.
.
.
.
.
.

-abes sekolah,
ko dapat offer mana?
aku pun jawab..

.
.
.
-dah grad,
dapat keja kt mana?
aku jawab..

-dah keje,
bile nak kawen?
aku jawab..insya allah..
.
.

-dah kawen,
dah berisi ke?
aku jawab...

-dah mengandung,
anak laki pompuan?

-dah bersalin,

skrg aku lak jadi mak..
2010-an
org tya,
anak kau dah boleh buat apa umo setahun ni?
aku pun jawab...




ada nak tya ke? 


begitulah soalan2 standard yang ditanya..dalam sejarah yang berulang.

CINTA

Sunday, September 4, 2011

100.MERDEKA RAYE 2011! 1 Syawal 1432H

~walid, paksu & atuk irizz~


Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Assalamualaikum,

It’s been so long rasanya aku menyepi.
Alhamdulillah, hari ni leh jenguk n update sikit.

First & foremost, Selamat Hari Raya.

Secondly, aku menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun & maaf sekiranya ada salah & silap aku kepada kawan-kawan semua.

Personally, raye tahun ni for me, yang terbaek! 
antara sebabnya.. semua family members berkumpul.

bile semua balik, baru terasa keseronokan & kemeriahan beraye tuh. paling best, bergotong royong mengemas & menghias rumah. bukan setakat hias untuk raye.. untuk hari merdeka sekali!! pasang lampu kelip2 & siap gantung jalur gemilang kat depan umah.. besar punye..

malam nya, umah berseri dgn lampu lip lap yang dipasang dan juge pelita.. sayup2 kedengaran suara takbir bergema.. memang terase rayenya! main bunga api sana sini.. & main mercun tepat jam 12 mlm. yang tak lupa tuh, siap buat structure utk gantung mercun tuh! memang meriah lah sambut 1 syawal!


Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

salam aidilfitri & maaf zahir batin,
CINTA

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...