Followers

Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog ..

[image%255B2%255D.png]

nak join sila klik ke   Santai Bersama BEN ASHAARI & LYSSA SECRET

Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? BEN ASHAARI dan LYSSA SECRET
Persamaannya adalah, kedua-dua blogger bekerjasama untuk memajukan blog antara satu sama lain.
di blog Santai Bersama BEN ASHAARI ada link ke LYSSA SECRET, begitu juga di blog LYSSA SECRET ada link ke blog Santai Bersama BEN ASHAARI.
persamaan yang lain adalah kedua-dua bloggers merupakan ikon dunia blogging.

Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Sebarang komen ?
kedua-dua blog dah maju pada mata saya. =)
untuk tambah maju.. segmen macam ni adalah contoh terbaik. supaya follower di kedua-dua blog bertemu di satu segmen.



Tutup , 8 malam ini , 30/10/2011 


sign off,
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, October 29, 2011

CERITA DALAM SKETCH 5:

RUMAH PAK ALI, GOMBAK


hanya tinggal kenangan...

lakaran air ini dibuat 11 tahun lalu, ketika rumah ini masih kukuh.

FM jadikan ia sebagai 'case study' dalam salah satu subjek sewaktu di universiti dahulu.

FM ingat lagi, sebelum ia terbakar, FM ke sini bersama my bestie, gadisbunga.
....sempat mengambil gambar tentang senibinanya.
jadi sempatlah FM 'capture' senibina rumah yang dibina tanpa sebarang paku ini
dari tanggamnya, tiang seri, ukiran kerawang, pintu 'specialnya' dan banyak lagi.

ketika menjangkau usia 127 tahun, rumah yang didiami selama beberapa generasi itu akhirnya 'diratah api'
pada Oktober 2003. 

tragedi berlaku kira-kira jam 5.30 pagi seperti yang difahamkan oleh Maimunah Abbas,
balu kepada Pak Ali.
kebakaran memusnahkan rumah termasuklah perabot antik yang berusia ratusan tahun.


~rumah Pak Ali yang kaya dengan senibina tradisional melayu~

~yang tinggal hanyalah rangka rumah~

koleksi sketches FM,

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, October 27, 2011

Is Your Child Happy?



c.h.i.l.d. & h.a.p.p.i.n.e.s.s


1.
happiness isn't something you can give a child like a prettily wrapped present.


2.
In fact, over-indulged children —
whether showered with toys or shielded from emotional discomfort —
are more likely to grow into teenagers who are bored, cynical, and joyless.


3.
"The best predictors of happiness are internal, not external,"


4.
what actually makes your toddler happiest is: you. 
That's the first key to creating a happy child.
"Connect with them, play with them," 
 "If you're having fun with them, they're having fun.


5.
if you create what is call a 'connected childhood,' that is by far the best step to guarantee your child will be happy."

  
[end of part 1]



do you worry about wether your child is happy?.... click here!

The Childhood Roots of Adult Happiness, by Dr. Edward Hallowell,
father of three & a clinical psychiatrist.



Tuesday, October 25, 2011

TENTANG ANONYMOUS FOLLOWER



nak folo? publicly or anonymously?



FM buat satu entri khas tentang teman-teman blogger a.k.a followers kat teritori ni. tapi masih dalam pembikinan.

jumlah keseluruhan follower yang tertera seramai 176 orang, tapi bila FM buat list, hanya 174 nama yang ada.

mm..baki lagi 2 tiada dalam list.

ten ten ten! saspen tak??

....sudah pasti inilah yang di panggil anonymous followers kan?


..sebelum ini, FM tak pernah terfikir ada yang follow blog ini secara anonymous. rupa-rupanya ada. hmm..siapa lah agaknya ya? mm.. tak pernah pula ada komen dari anonymous follower. mungkin mereka sekadar membaca tanpa komen.

sebab pernah jumpa anonymous followers di blog lain, menyembunyikan identiti semata untuk bebas menulis komen tanpa boleh dikenalpasti. maklumlah, memang tiada cara untuk track mereka ni.

jadi nak tahu tak samada blog kita ada anonymous follower atau tidak & boleh atau tidak kita block mereka ini? FM nak share blog ini. tadi search kat google, jumpa. macam menarik.

ok lah. FM nak sambung penulisan entri khas tentang teman-teman blogger @ CINTA's Territory.


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Sunday, October 23, 2011

DRY CLEANING AT HOME



kondisi 1: bayi

selepas sarapan pagi, 'siaplah, kita keluar jalan-jalan..' ujar suami.
mm..sayang dah siap..si kenit ni jer, kata si isteri sambil mencium baby.
'hm..bucuk macham mama.. ibu terus cium baby nya..lagi dan lagi.. dari muka, tengkuk, dan badan baby..
'oke jom..dah dry clean..'
isteri sengih dgn gurauannya tu..
suami, 'gulp!'

----kalau semudah itu---


kondisi 2: bayi, tapi 30 tahun dulu la..skrg da jd bayi purba

ibu:pukul berapa kamu gi kerja pagi tadi? mak tak perasan..
anak bujang: kul 6.30.
ibu: tak dengar pun kau mandi.
anak bujang: aku bangun pun dah lewat. dry clean jer..
ibu: erk!!


---ala2 bujang lapuk nya dry clean---






jadual sekadar nak tunjuk simbol..kecik2 tu x yah la bace.. cinonit sgt.. hehee



“Dry clean” & “dry clean only” adalah dua perkara yang berlainan.
nak tahu lebih lanjut leh baca kat sini


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, October 22, 2011

CERITA DALAM SKETCH 4:

RUMAH TRADISIONAL, MERLIMAU, MELAKA

ada sesiapa pernah sampai ke rumah yang FM panggil rumah cantik ini?

rumah ini terletak di Merlimau, Melaka

dikenali sebagai Rumah Penghulu Natar
atau sebelumnya
Rumah Penghulu Abdul Ghani


nak baca info lanjut tentang rumah ini, sila klik artikelnya di kosmo! online  atau di sini.

juga boleh dibaca di Dr Singa Punya Blog
(masa google cari image rumah ni, blog dr. singa yang teratas..hehee..)



sketch ini dibuat bukanlah secara 'live' tetapi FM refer dari gambar.
almaklum, seperti yang FM ceritakan sebelum ini,
idea kadang-kadang tiada, jadi lukis apa sahaja yang dirasakan menarik.

media yang digunakan adalah water color
& siap di clear spray untuk mengelakkan ia dari rosak atau
get smeared bila ada jari-jemari yang suka menyentuh..

 kalau di galeri seni, atau di muzium, boleh la dimaklumkan - 'jangan sentuh'
tetapi dalam buku sketch, tidak dapat tidak, ia akan disentuh juga..
..idea untuk di clear spray itu somehow rather membantu..
 usia sketch ini sudah melepasi 11 tahun.


koleksi sketch FM;

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, October 21, 2011

dialog yang FM selalu ingat

dialog 1:
boss: hello, can talk or not?
staf: can can...
bos: can ar? oke...can u do me a favor..bla bla..bla...ok.. THANK (with no s)

dialog 2:
lecturer: can u catch what i mean?
students: catch..catch...

dialog 3:
boss: your friend that u recommend.. is it a she or he?
staf: its a she...

itulah antara dialog yang kalau FM teringat, mesti senyum yang tiada perasaan..
...sebab english yang digunakan. senang nak senang lagi.. sampai grammar jadi mcm tu..
have u guys came across any?
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, October 20, 2011

CERITA DI HOTEL [191011]

irizz berdiri di tepian katil...
irizz nampak beberapa ketul sabun atas towel yg disediakan pihak hotel.
irizz belek-belek. kemudian ditinggalkan...

irizz kemudian berjalan ke meja.. dia terpijak sesuatu. dia pandang benda itu. dia tunduk ambil.
plastik kosong. lalu dia belek-belek juga.
kemudian dia berjalan semula ke katil membawa plastik kecil itu.

irizz masukkan sabun-sabun tadi ke dalam plastik kecil itu.
irizz berjaya. dia senyum sambil membawa plastik berisi sabun-sabun itu kepada mamanya yang sedari tadi memang memerhatikan telingkahnya itu..

wah satu kejayaan buatnya.
kejayaan juga buat mama!

=]

mcm iklan kt tv tuh.. sel-sel otak saling berhubung.. ya..its ganglioside.

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, October 19, 2011

PERMAINAN BAHASA

beberapa petikan perenggan dari berita sukan, utusan o9 hari ini...

Tidak sampai seminit perlawanan bermula, Manaf berjaya mendiamkan 30,000 penyokong Selangor apabila meletakkan Terengganu di depan.

Ketika Selangor leka dalam usaha mencari gol pembakar semangat, Manaf sekali lagi menghukum kerapuhan benteng Red Giants pada minit ke-32 dengan sepakan leret dari jarak 25 meter bagi meletakkan Terengganu semakin kukuh bergelar pendahulu perlawanan.

Jurulatih Selangor, P. Maniam terpaksa membawa keluar Hardi Jaafar pada minit ke-36 dan digantikan dengan Rudie Ramli dalam usaha menghidupkan jentera tengah yang banyak dikuasai pasukan pelawat, namun perubahan taktikal itu tidak memberikan kesan buat Selangor di samping kecekapan Sharbinee Allawee turut menjadi penghalang kepada anak-anak buah Maniam mendapatkan sebarang gol untuk dibawa ke Kuala Terengganu pada separuh akhir kedua.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Negeri Sembilan mencerahkan laluan ke perlawanan akhir apabila membenam cabaran tuan rumah, T-Team 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Skuad Hoben Jang Hoben tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Shahurain Abu Samah bijak menyudahkan umpanan cantik daripada S. Kunanlan seawal minit kelima.

Hasilnya, S. Kunanlan terus menambah derita tuan rumah apabila tidak mensia-siakan peluang di depan jaring untuk gol keempat pelawat pada minit ke-50.
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam separuh akhir kedua di Stadium Paroi, Sabtu ini.



.....bukan apa sekadar berfikir, indah kan bahasa.. dalam penyampaian tentang permainan bola sepak sahaja, permainan bahasa digunakan.. sungguh berbunga sekali.. membuatkan FM minat nak baca.. bukan apa, nak tengok kreativiti yang digunakan dalam penulisan..

mm..agaknya kalau disampaikan secara 'direct' macam mana ya?


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, October 18, 2011

..1 sebab ngapa FM sepi selama 7 hari



a.b.s.t.r.a.c.t
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



...macam ni lah rupa screen laptop kalau terslip dari tangan (bukan tangan FM ya)...abstrak hasilnya. =}


CINTA a.k.a Fatin Mraz

CINTA'S Territory


blog 'CINTA' adalah nama asal blog ini.
boleh dilihat di http://februaricinta.blogspot.com/pada tahun 2008.
lebih tepat lagi 27.11.08
sehari sebelum hari penting dalam hidup FM.

sejak tarikh itu, FM jadi blogger.
share out things. make more friends.

idea asal nak menulis blog adalah dari idea buyui, my twin ( tarikh lahir sama -23 februari ),
 since then, blog CINTA menyumbang kepada blog trafik di Malaysia ini.
antara entri yang menjadi menu utama di sini adalah berkaitan
personal life FM works & daily routine.
pada ketika itu, entry updates tak menentu.
bila keje menimbun, macam time submission atau masa bos main petik-petik itu ini,
slow juga adanya.
penah juge sampai bersawang laman sesawang ni.
 FM away seketika pada 31.01.11

februari.
mac.
april.
mei.
jun.
julai.
ogos.

sehinggalah tarikh 04.09.11 (selepas raya aidilfitri) dimana FM kembali meng'update' blog.
setelah freeze berbulan lamanya.
atas sebab tertentu.

come back yang baru inilah FM rebrand nama blog kepada nama sekarang, 'CINTA's Territory'
dan selepas re-branding itulah mulanya ada sponsor advertisement kat blog ni.
kerna sebelum tuh, tiada apa-apa iklan disiarkan.
why not kan?
dari dibiarkan empty. FM jadikan ia commercial space.
jadi kepada teman-teman blogger tuh, sama-samalah kita klik!
untuk tabung cap unta kita.

atas sebab musabab tertentu, dan untuk lebih commercial,
kata ganti diri telah ditukar kepada FM seminggu yang lalu.
untuk rekod, ini merupakan entri ke-131 dan folower baru 148 orang.
semalam, ikon dunia blogger yang terkenal,
Ben Ashaari menjadi follower FM yang ke-146!
tuh yang semangat tuh.
sekian dulu perihal blog yang telah diedit beberapa kali.
semata-mata untuk publish seringkas-ringkasnya.
happy blogging,
CINTA a.k.a Fatin Mraz


Monday, October 10, 2011

WELCOME TO MY BLOG, MR. BEN ASHAARI!

'lost for words!'
.
.

....sebaik melihat wajah ikon dunia blogger, Ben Ashaari kat follower FM tu.
tak disangka komen FM di kotak komennya membuatkan dia sudi singgah ke sini.

rasa teruja sangat sebab memang maklum yang dia sangat busy!
jadi saya nak ucapkan terima kasih kat sini, tu pun kalau dia baca lah entri  ni...

thanks Ben.
to be here..

~WELCOME TO MY BLOG, MY TERRITORY~

sekarang baru FM faham apa my bestie maksudkan tu.

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, October 8, 2011

CERITA DALAM SKETCH 3:


TAMAN BUKIT PERMAI
seperti yang dijanjikan minggu lalu 
FM kembali dengan satu lagi sketch dari koleksi sketches FM
kali ini special sikit sebab ini adalah antara sketch yang 
paling FM sayang
amat sayang

jadi apa cerita disebalik lakaran air ni?

ini adalah pemandangan yang dapat dilihat dari taman
di Taman Bukit Permai, Cheras
sebuah bukit yang agak famous di KL
ia antara best spot untuk tengok bunga api
setiap kali sambutan tahun baru atau hari merdeka

sketch ini dibuat pada tahun 2000
ia menggambarkan saat matahari terbenam
 FM yang tinggal tidak jauh dari taman ini
naik ke sini untuk melihat view dan seterusnya
mengabadikan keindahannya dalam bentuk sketch

tak lama kemudian FM berpindah tinggal ke taman ini

sebagai residen di sini
FM akan make sure ada di rumah sebelum petang menjelang tahun baru
kerana setiap kali nak menyambut tahun baru
warga KL akan berduyun-duyun naik
dengan kenderaan masing-masing
secara tak langsung tercipta la 'jam' yang teruk
sebab FM pernah terperangkap di dalam kesesakan yang sangat-sangat teruk
senang cakap tidak bergerak
kerana semua orang excited nak tengok bunga api
jadinya FM serik, so kalau time new year kat KL
FM akan elak naik atau turun pada waktu petang

kalau dah warga KL sanggup naik utk menyaksikan pertunjukan bunga api
FM yang memang residen taman itu pun tak terlepas
makanya akan join the crowd
berada di situ memang tidak menghampakan lah
kerana dari bukit itu dapat dilihat bunga api dari beberapa tempat
tempat2 biasa adalah dari KLCC, Dataran Merdeka, Times Square
dan lain-lain tempat juga

 kenangan terindah di taman ini
adalah sewaktu dah dekat-dekat due date bersalin
 Mr. Husband bawa FM jalan-jalan untuk kasi cepat bersalin
dan di sini jugalah Irizz bersama kami dan membesar
sehingga umurnya 8 bulan

...kemudian kami berhijrah ke Kuantan

sekian.


Taman Bukit Permai
ada rindu buatmu

day view from the same spot [google img]
night view [google img]

sekian, bertemu lagi dalam sketch-sketch lain
minggu hadapan
di hari yang sama

.....selamat berhujung minggu


CINTA

Thursday, October 6, 2011

EMERGENCY! EMERGENCY!


tit ..tit.. tit..darah menitik...

.
.

google image
.

.

disebabkan kecederaan FM yang teruk, suami FM bawak ke klinik yang paling dekat dengan rumah.tiba di Klinik Joe (bukan nama klinik sebenar) suami FM pun memimpin FM terus ke kaunter utama.

cik, kecemasan ni, doktor ada?
FM terus tunjukkan luka dalam di bahagian tangan FM yang menyebabkan banyak pendarahan. luka yang terkopek besar dan dalam itu menyebabkan isi daging dapat dilihat. sesekali terjuntai. berdarah-darah. huuhh..rasa nak pitamm!!

staf itu terus membawa masuk ke bilik doktor kerana cemas adanya.
doktor melihat sambil berkata, 'luka ni memang dalam, tapi tak apa, saya akan gam kan. nanti lekat balik seperti asal' ...

aku cuak, 'a..pa?? tampal ajer, gam?? ingat aku nih kertas ke??? jerit aku dalam hati. dalam hati jer.
tak jadi. tak mahu FM di gam-gam. FM bukan kertas dan bukan artis!! seingat FM, faizal tahir yang kena gam tak lama dulu. huh!!
kami meluru keluar.

tiba di Klinik Dr. Kamariah (bukan nama sebenar). kali ini tak terus dibawa ke bilik doktor. staf kaunter tu pulak banyak benar tanyanya. itu ini. bla bla. aku yang sakit  lagi pedih ni menyirap jer rasa tahu?? boleh cepat sikit tak? kalau nak tahu sangat pasal FM pergi add kat  facebook lah! itu semua kata-kata aku dalam hati..

staf tu terus menyoal siasat sambil membelek-belek luka tu..

.....sampai lah part, 'oke, kalau luka macam ni, biasanya kita jahit...' dia jawab dengan muka tak ngeri langsung tengok darah yang duk meleleh kat tangan aku tuh.
'berapa jarum?' tanya FM pantas. 'mm.. itu kena tanya doktor', tapi saya rasa dalam 2 jarum macam tu lah jawabnya bersahaja.

'apa?? 2? mana cukup? saya rasa kurang-kurang ...mm.' FM tengok luka tuh...'ini saya rasa lebih nih... tak kisahlah berapa pun, tapi jahit lawa sikit, jangan macam jelujur kasar sudahh.'

'err....baik, sila ikut saya' mukanya agak pelik mendengar keluhan FM.. sambil berjalan membawa kami ke bilik doktor.

.
.
alhamdulilah, selesai.
FM lega sikit..FM belek-belek. adusss! parut.. berparut dah nih.

.
.
kemudian FM dengar doktor Kamariah berbual sesuatu dengan suami FM.
apa yang penting FM terdengar dia cakap, 'isteri encik ni saya dapati mengandung, dah 24 jam' steady jer doktor tuh sahkan...

'A..PA??' mengandung? aku mengandung..lagi? 24 jam??
biar benar??

*

*

*

*

*

dalam ke'terkejutan' yang amat-amat sangat itu...FM tersadung. terlanggar ada satu meja kat tepi laluan nak keluar tuh.. pekk! terjelepuk FM kat situ.

FM buka mata.."apasal gelap?? isk.. gelap sangat nih.. dah buta pulak ke aku nih?" (mase tuh feel dah macam Osman Jailani dalam filem Kassim Selamat tuh) cuak sangat masa nih, Tuhan ajer yang tahu.

FM pun apa lagi...terus cek tangan kiri FM. sebabkan gelap, rasa-rasa dgn tangan kanan..tak ada pulak rasa sakit.. tak ada luka. tak ada kesan jahit. keadaan yang tadinya gelap sudah beransur terang sedikit. FM menoleh ke kanan, nampak irizz dan walidnya tengah tidur lena..owh... masa itu baru FM sedar, "mengigau rupanya aku.."

......selepas tuh boleh pulak FM rasa seriau, macam betul je tangan FM luka. siap daging terjuntai pulak tuh. ngeri sungguh! nasib baik ia hanya mimpi dan pengesahan yang FM mengandung itu dalam mimpi ajer. kalau betul, morning sickness lagi lah jawabnya..

tapi memang kelakarlah mimpi nih kan. merepek betul. luka teruk gitu boleh main tampal ajer. hehee..
pastuh mengandung siap sebut 24 jam..macam mana lak doktor tu tahu, bukan ada buat pregnancy test pon! huhu..aku ke klinik sakit lain, dia duk cerita pasal pregnant lak.. memang lah mainan tidur.
ini tak lain, gara-gara BW lewat-lewat malam bercampur dengan soalan budak kecik pasal mengandung ari tuh. hamik ko FM!

mimpi nih selalunya apa yang kita fikir..terbawak ke tidur..
apapun FM akhiri dengan ucapan... i'm sorry! hehee..mana tahu ada yang marah ker.. hehee.. apa daaa..cerita pasal mimpi.. tapi, ini betul punya mimpi tahu..? mimpi semalam...

anyway, ada sesiapa yang saspen tak bila baca tadi?? sila lah komen ya.. buat macam rumah blog sendiri..
teringin juga nak tahu feedback kalian. : )
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, October 4, 2011

LAMAN SOSIAL

"lama dah x buat entri tentang anak kamu irizz..?'
tanya beliau dalam short conversation itu.
aku, "erk..entri? entri kat blog?"  dia balas "yup". 

"owh..itu.. sir ada baca blog saya? hee"  senyum kambing aku.
nasib baik chat kat facebook, beb.

'dah kamu link kat sini, saya baca lah" dia balas.
 

owh ye tak ye juga. kadang-kadang aku ada share entri kat facebook. kalau dah kata facebook, semua contacts ada access untuk baca. tak kira lah, bekas cikgu, bekas pensyarah, bekas itu ini, dan kawan-kawan seanteronya.

jadi, setelah memikirkan tentang kesesuaian berbahasa di dalam blog ini, aku dah putuskan untuk menukarkan kata ganti diri 'aku' kepada 'saya' atau FM singkatan kepada Fatin Mraz. ok tak kalian?

: ]

CINTA





Saturday, October 1, 2011

CERITA DALAM SKETCH 2:


LAKE GARDEN TAIPING

sketch ku ini usia nya lebih10 tahun.
...lama kan?

aku buat sketch ni masa zaman matrikulasi dulu..
sebelum masuk main campus, buat sketch adalah wajib, tahu..
dalam architecture course ada satu subjek
subjek itu dinamakan 'graphic communication'
antara task nya kena ada buku sketch, yang di dalamnya perlu ada sketch ya..
setiap student kena hasilkan 2 sketches setiap minggu.

ini adalah taman tasik taiping suatu ketika dulu..
mase ni tiang-tiang puteh itu masih tiada pokok yang memanjat..
masih puteh..
sangat bold apabila berdiri di kelilingi kehijauan alam..
..sangat menenangkan berjalan di situ petang2..
dulu aku selalu brisk walk di lake garden nih

makanya,
untuk memenuhi tugas subjek graphic com itu tadi,
aku sketch apa yang menarik di mata aku..
dekat di mata, dekat di hati..
taiping lah tempat aku dibesarkan..

dah lama juge aku tak ke sana..
sejak2 berhijrah ke negeri orang nih
nway, nak tengok the same spot yang aku sketch tu masa kini?



picture credited to davidnikon.fotopages.com 


...lain kan?

tiang puteh itu tidak puteh seputeh dulu..
pokok memanjat yang dulu kenit sudah besar adanya..
dulu di train untuk memanjat.
kini sudah pandai berjuntai pula..

begitulah kan..
perubahan dalam masa.


begitulah ceritanya di sebalik sketch  part 2 aku ni..
aku akan publish lagi koleksi aku yang lain-lain..
pada hari yang sama.. minggu berikutnya.


~sekian~

CINTA


kosong.satu.satu. kosong.satu.satu





itulah tarikh hari ini.


[011011]


hehee..lama lama aku tengok 'word' satu ni boleh pulak terfikir..
betul ke aku eja ni?

seyes, pandang & sebut banyak kali. nampak macam x familiar lak jadinya.
huh!

naper boleh jadi macam ni ek?
anda pernah alami nya tak..

satu perkataan yang sememangnya familiar & kita tahu maknanya, suddenly jadi blur..

apakah ada penjelasan saintifik untuk situasi di atas?




kepada saiazuan anda teman blogger ke-101 saya.
terima kasih kerana sudi berkunjung ke teritori ini.


CINTA


~ASMARA~





'as' mewakili as-sakinah yang bererti ketenangan
'ma' untuk mawaddah yang bermaksud kebahagiaan
'ra' untuk rahmah yg maksudnya kasih-sayang.

as-ma-ra. itulah pendeknya. untuk selalu diingat. mudah diingat.



....hari ni bace mengenai perkahwinan abang bil.. nabil & zira.. juga tgk gambar2 kawen norman hakim n memey.

ramai juge yang naik pelamin ujung2 tahun ni. aku sendiri dapat few jemputans.

so, dlm musim-musim orang kawen ni, aku buat entri mengenai orang kawen gak lah..
mengenai hidup berumahtangga.

buat yang bakal berkahwin, atau yang baru ajer bergelar suami isteri,
aku nak lah share something yg dah pun diketahui [masa kursus kawen mmg disebut2 benda ni],
cuma nak diingatkan aje. x rugi kan, saling ingat mengingati.
bagaimana nak membina sebuah rumahtangga yang sentiasa mendapat redha Allah? ...yang semakin meningkat usia perkahwinan, semakin terasa sakinah mawaddah dan rahmah?

antara tips yang dikongsikan oleh
ustazah asni mansor, dlm rancangan al hidayah @ tv3 hari ni.

1.bertenang bukan bertendang atau bertengkar tiap kali berlakunya sesuatu yang tidak diingini.
2.bermesyuarat instead of berdebat, dalam melakukan satu-satu rancangan.

selain tips, ada juga di highlight kan yang tanggung jawab mencari nafkah atau bekerja itu sememangnya tugas suami. jadi buat isteri yang keluar bekerja, sekadar membantu suami. sedang tugas utama isteri adalah sebagai 'pengurus' di rumah. menguruskan hal ehwal rumah, keperluan suami dan anak-anak.
buat isteri yang diberi izin keluar bekerja, sudah tentu beban kerja bertambah. dengan karier di luar, dan juga tugas sebagai isteri dan ibu di rumah. makanya disini, kedua-dua individu perlu memainkan peranan masing-masing dgn sebaiknya.



apabila peranan masing-masing berjalan, atau dalam erti kata lain, apabila setiap diri menjalankan fungsi diri dengan baik, jadi ketenangan, kebahagian dan kasih sayang dapat dicapai dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

again,
perkahwinan memberikan
ketenangan, kebahagiaan dan kasih sayang ..
barulah boleh dipanggil rumahku syurgaku. : )

CINTA


 

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...