Followers

Wednesday, November 30, 2011

practice makes perfect



practice is the act of rehearsing a behaviour over and over for the purpose of improving or mastering it, as in the phrase 'practice makes perfect'
.
.
.

siapa pernah tengok cerita Prison Break?

siapa fan cerita tu? mesti ramai...maklumlah ada micheal scoffield yang selalu buat peminatnya histeria. tapi bukan FM ya.

entri kali ni bukan nak cerita pasal cerita tu, tapi pasal part yang FM rasakan menarik dalam salah satu episod dalam season 2.

dalam cerita ni, brad bellick [lakonan wade williams] berlatih introduce diri sorang-sorang depan cermin sebelum dia berjumpa orang yang perlu dia soal siasat.

masa tengok part nih, memang kelakar lah. bersungguh dia berlatih on how to introduce himself. sebab dia bukanlah agen FBI yang betul. berlatih supaya nampak 'gaya seorang agen FBI' tu.


percubaan pertama;
                           "capt. brad bellick, FBI"

percubaan kedua;
                           "FBI!capt. brad bellick" sambil memegang badge FBI nya.

percubaan ketiga dan berikutnya;
                           "capt. brad bellick! federal agent!"

                          "i'm capt. brad bellick. i am with the federal agent"
                          "capt. brad bellick. i'm with the bereau "

...dan pada setiap kali dia 'testing suara' itulah dia membuat aksi mempamerkan badgenya.alast, dia pilih yang last tuh untuk introduce dirinya.

gigih kan.. hehee..

.
.
.

rasanya perkara tu normal. pasti ada antara kita yang pernah buat macam tu kan?

...berlatih bercakap di hadapan cermin seorang diri untuk menghadapi interview barangkali. ataupun untuk bertemu seseorang yang penting dalam hidup kita.
atau mungkin juga untuk 'blind date' ..kan?

pernah tak kalian praktis bercakap atau praktis memperkenalkan diri macam yang brad bellick tu buat?

heee..saya tak ingat [mungkin pernah juga]

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, November 29, 2011

mati hidup balik




'mati hidup balik pun dhia tak mahu berkahwin dengan kamu. dia tak mahu hidup bermadu' -  kata ibu dhia kepada azmi. [dalam cerita Dhia @ TV3]

itulah contoh penggunaan ayat 'mati hidup balik'.

ayat itu bukanlah suatu yang luarbiasa, just terfikir... siapa agaknya yang mula-mula menyebutnya kan?


ini mati tak hidup balik dah... [google img]

p/s:cerita Dhia dah semakin 'klimaks' ni.. terasa dilema yang dilalui dhia.  azmi atau zikir?
CINTA a.k.a Fatin Mraz

zon terapi



[dari entri tentang apa yang ada dalam kepala kita ke tapak kaki pula]


satu malam, perut kembung dek angin.

jadi apa yang boleh dibuat apabila perut anda meragam tengah-tengah malam?

...boleh bancuh ENO atau halia bancuh sendiri, telan pil chi kit teck aun? itu pun kalau ada benda-benda yang dimaksudkan itu ada di rumah.. kalau tiada, apa nak buat?

ada jalannya. insya allah, dengan ilmu yang berkaitan, pasti sakit perut boleh diredakan.
caranya urut telapak kaki;

1.urutan refleksologi pada tapak kaki kanan dan kiri.
2.urut pada bahagian rangsangan pada perut.


"amat berkesan! alhamdulillah..."-pengakuan FM sendiri. pada suatu malam, perut keras dan kembung dek kerana angin. boleh jadi siangnya tersalah makan atau kerana makan nasi mentah di kenduri kahwin.

...dengan sedikit pengetahuan tentang ilmu refleksologi ini sesiapa juga boleh lakukan apabila mana-mana bahagian badan terasa sakit. segalanya ada pada tapak kaki anda. apa yang perlu, ambil tahu mengenainya. tahu di  mana kedudukan bahagian-bahagian badan itu pada kedua telapak kaki anda.

alhamdulilah, pengetahuan refleksologi ini tak rugi untuk diambil tahu.

kerana sesiapa sahaja boleh sakit perut. atau juga sakit kepala, sakit tengkuk atau leher, lengan dan sebagainya. FM dah buat sendiri urutan refleksologi ini. ternyata berkesan.

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, November 28, 2011

'built in' gadget





manusia kini mengimpikan gadgets hebat, terbaru dan 'coolest' di pasaran.
gadgets seperti komputer, telefon dan lain-lain. selain fungsi yang pelbagai, ciri-ciri lain yang diambil kira adalah kemampuannya untuk menyimpan memori.

...sedar atau tidak, kita telah dianugerahkan oleh ALLAH satu ciptaan yang tidak perlu di'renew' mahupun di'upgrade' seperti 'software' komputer.

...yang mampu menyimpan memori 30 hingga 70 trilliun giga melebihi memori komputer canggih dan berkemampuan 10,000 x lebih dari kemampuan komputer.
ia hanya perlu digunakan dengan bijak. bahkan kemampuan ia digunakan dengan cara yang betul dapat melahirkan manusia yang genius!



pembaca semua,
 ...'built in' gadget yang ALLAH kurniakan kepada manusia...'

otak kiri..otak kanan...saling lengkap melengkapi...[google]

 otak kanan
bentuk/gambar
warna
imaginasi
manipulasi
muzik/irama
subjektif
tersirat
kreativiti
konseptual
inovasi
kecenderungan global

otak kiri
bahasa
nombor/matematik
logik
urutan/linear
analisis
lirik
objektif
tersurat
membaca
menulis
sistematik
kecenderungan analitik


Secara purata, manusia menggunakan kedua-dua belah otak dalam rutin harian.
Namun begitu, untuk mengoptimumkan kemampuan diri dan kualiti kehidupan yang lebih baik, adalah penting untuk menyeimbangkan kedua-dua otak kiri dan kanan.

Bahkan, apabila kedua-dua belah otak digunakan secara optima, kemampuan dan kekuatan fungsi otak akan meningkat dan ini dipanggil ‘whole brain’ atau penggunaan otak yang lebih menyeluruh.


'lagu itu adalah irama [otak kanan] dan lirik [otak kiri]
...dengan irama lirik menjadi lagu....
paduan otak kiri dan kanan lah yang menghasilkan lagu!' 
-nobody, it just ME!


sekian entri mengenai... 'built in gadget',
~hope u'll LIKE it!~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Sunday, November 27, 2011

tahun baru & ulangtahun

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang...


1 4 3 2 H . . .  1 4 3 3 H
muharram     safar     rabiul awal        rabiul akhir  
jamadil awal     jamadil akhir     rejab    syaaban 
ramadhan           syawal         zulkaedah         zulhijjah


.
.
.

salam maal hijrah 1433


selamat ulangtahun ke-3 blog saya, Cinta's Territory



p/s:selamat hari lahir untuk blogger azataq yang juga jatuh pada hari ini!
happy birthday cherly!

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, November 26, 2011

CERITA DALAM SKETCH 8:

MASJID UBUDIYAH, KUALA KANGSAR 




alkisahnya,
dulu sewaktu bersekolah asrama, bila outing,
FM dan kawan-kawan akan ke lembah, makan laksa dan cendol
 (lembah-panggilan untuk tebing sungai perak, di kuala kangsar)

selain ke lembah kami ke the store untuk membeli keperluan seperti ubat gigi,
sabun, coklat (mesti) dan sebagainya.

(nak banding dengan taiping, kuala ada satu sahaja supermarket, di taiping lagi banyak,
tapi dari segi jarak, kuala kangsar lebih dekat dari sekolah, makanya,
outing ke kuala pilihan yang lebih baik memandangkan tempoh keluar outing pun tak lama.
pukul 6 dah kena ada kat hostel)

jadi pada suatu petang FM dan kawan-kawan ke masjid ni
maklum, selalu tengok gambar jer.
hari tu kami menapak ke sana.
tengok versi HD (high definition), lagi puas.

~sekian~

p/s: FM nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah,
AWAL MUHARRAM 1433 H


Friday, November 25, 2011

REALITI DUNIA DESIGN

design?
selalunya design bermula dengan conceptual design.

lazimnya masa study dulu, di peringkat inilah idea fresh-fresh diperlukan.
di mana idea awal tadi akan di 'generate'.
konsep yang diterima oleh pensyarah dapat menjamin kelancaran ke proses seterusnya untuk drawing dan seterusnya ke peringkat presentation. kalau memula dah 'stuck' itu yang mengganggu kelancaran kerja tu. itu yang wujudnya 'last minute' term. mana taknya, idea datang last-last minute.

...dari zaman belajar lagi, FM dan bestie selalu tertanya-tanya kenapa lecturer selalunya akan reject mentah-mentah tentang idea-idea student yang mereka rasakan 'not workable'.

 contohnya idea 'jalan bengkak bengkok macam yang digambarkan di bawah ini.

secara jujurnya, perkara pertama yang FM fikir adalah, kalau idea ni datang dari student, memang lecturer reject, kalau berdegil dan buat jugak mesti lecturer kasik 'FAIL!'

tapi hakikatnya wujud jer design macam ni..
nak tahu kat mana?

perspective [google]
Lombard Street @ San Francisco, California

 
plan [google]

minat nak tahu lebih lanjut tentang Lombard Street di atas leh klik sini.


...belajar dan bekerja dalam dunia 'design' lain realitinya.
masa belajar lain kisahnya, bila dah ada nama, idea yang 'tidak diterima' boleh dijadikan realiti!

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, November 24, 2011

dapur perlu berasap

setiap wanita tidak kira tahap pendidikannya, apa kerjayanya, suatu masa dia akan ke dapur ya. kalau pun bukan sebagai surirumah sepenuh masa, dia tetap perlu memasak juga. itu realiti ya. perut perlu diisi. takkan seumur hidup order dikedai sahaja, kan?

apabila sampai jodohnya, dia akan berkahwin. setelah berkahwin dia perlu menguruskan rumahtangga, menguruskan suami dan kemudian menguruskan anak-anak. pendek kata, sebagai pengurus di rumah.

sebab tu ada keluarga yang 'test' atau uji tahap kebolehan bakal calon menantu keluarga. terutamanya ibu atau nenek.

when it comes to moms and grandmoms, apa ujiannya?
sudah tentulah memasak. ya memasak!

kalau dapur mcm ni FM pun kekok! [google img]


'dah kahwin pun tak kenal serai dan halia'- kata-kata nenek zikir dalam cerita 'dhia'. [lakonan nora danish sebagai dhia dan adi putra sebagai zikir atau kay.]

ibu zikir menyuruh dhia menyediakan hidangan makan tengahari untuk mereka sekeluarga. ibu zikir mahu dhia masak di dapur berseorangan. nenek zikir request masak gulai ayam. yang ada di dapur adalah 2 ekor ayam yang dah disembelih tetapi masih belum diproses lagi. masih dengan bulu-bulu pelepah tu. betul punya test kan?
[nasib baik lah masa turn FM dulu tak kena macam tu.. kalau kena betul punya masak!
: P]

jadi pengajarannya di sini atau tips yang boleh dikongsi adalah, bagi wanita yang belum berkahwin, selalu-selalulah ke dapur. rajin-rajinkan diri. be prepared. pegang senduk, sudip, kuali, periuk dsbgnya. kenal dgn rempah ratus, sayur-sayuran, spesis ikan, cara memotong dan menyiang, pendek kata serba sedikit perlu diketahui. bukanlah untuk jadi expert macam chef (tapi kalu master pun oke apa, kan?-ada nilai tambah di situ) sekadar tidak kekok apabila berada di dapur. kekok di dapur? huhu..harap-harap bila tiba masa anda nanti tiada 'kekekokkan' di situ ya?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, November 23, 2011

things i wish i said.. earlier

"peranan blogger ini besar sebenarnya"


alhamdulillah, kerana izinNya...
diriku menemukan sesuatu yang berguna dalam dunia blogging ini..
-anonymous follower




...sebagai blogger tiada yang lebih menggembirakan apabila dia berjaya membuat pembacanya memahami dan rasa terkesan setelah 'membaca' isi kandungan blognya.

...dari penulisan orang boleh jatuh cinta, dari penulisan orang boleh insaf, dan dari penulisan juga orang boleh berubah.

apa yang hendak dikongsikan di sini adalah hasil pengamatan FM dalam dunia blogging dan juga tentang beberapa blog (tidak dinyatakan di sini) yang telah mencetus inspirasi kepada FM.

Allah lebih tahu tentang balasan kebaikan bagi penulis blog yang telah membuat sesuatu yang boleh dikatakan sebagai perkara kebaikan, dimana blognya mampu 'mengubah' pembaca menjadi insan yang lebih baik. 'berubah' itu boleh dikatakan sebagai 'berhijrah' iaitu dari perubahan kepada keadaan yang lebih baik.

1.FM melihat skop 'perubahan' itu luas. kerana blog-blog tersebut mampu memberi pengisian diri dan juga sebagai sumber inspirasi sebagai blogger khasnya.

2.alhamdulillah, nampaknya dunia blogging ini tidak mengenal sempadan. berbeza tanahair tidak menjadi halangan. selagi 'bahasa' yang digunakan dapat difahami, maksudnya akan sampai juga kepada pembaca.

3.lantaran dunia blogging yang luas ini, sebagai blogger sebenarnya peranannya penting. kerana setiap apa yang ditaip lalu dipublish menjadi entri akan dibaca, difahami, dan kemudiannya akan memberi kesan kepada pembaca. ini merangkumi kesan baik yang berguna buat pembaca dan tidak kurang juga kesan yang buruk. 

maka, sebagai blogger. pilihan di tangan masing-masing.

4.FM rasa sedikit lega setelah dapat berkongsi perkara ini. perkara ini nampaknya seperti perkara remeh sahaja namun kesannya tidak sekali-kali remeh.

'a computer lets you make more mistakes faster than any invention in human history' -technologi review 1992.

jadi ada baiknya perkataan 'mistakes' di atas ditukarkan kepada 'kebaikan'.
bloggers dearie, ingatlah, "peranan anda besar sebenarnya"

CINTA a.k.a Fatin Mraz

happy birthday sis!

it's 23rd Nov!
....
it's your birthday, sis!

"Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan auntie shida,
allah selamatkan kamu..!"
-nyanyian dari irizz


~abaikan tarikh tuh tersilap.. org order 23rd dia buat 15th laks [google img]~

happy birthday to my sister, shida..
mesti happy tahun ni sambut birthday dengan suami terchenta..pertama kalinya!
CINTA

Tuesday, November 22, 2011

those old gadgets...

.


setiap orang ada gadgets masing-masing,
(dalam n3 ni gadget refers to telephones)
ada yang kategori up-to-date ajer gadget yang digunakan,
pantang keluar fon baru dipasaran, tukar baru..  : )
ada juga yang tak kisah, asal boleh telefon.. yang ikat dgn getah pun ada..
macam-macam ragam when it comes to phones ni...
 dalam dunia sekarang memang penuh lah dengan latest gadgets ..
iphones, dan macam-macam lagi..
tapi fm bukanlah nak update pasal gadget yang sentiasa updated tu..
ni fm nak story pasal sepuluh tahun dulu punya gadget..
in my case lah...

.
.
.

 
telefon pertama FM, beli sewaktu di main camp,
FM ingat lagi, FM beli sim card dulu, baru cari phone..
fon basic jer, asal leh tepon kan..?


#1.
NOKIA 3310

....kemudian fon tu FM jual kepada kakak FM, 
FM amik nokia model baru sikit, iaitu fon di bawah ni,
(special masa tuh, leh pakai kat tangan macam jam)

#2.
NOKIA 5210 

...tak lama selepas tuh, trend telefon flip..
FM beli lagi satu fon, tapi secondhand..

#3.
SAMSUNG SGH series

...sebab fon flip tu second hand, banyak pula ragamnya,
keypad dia ada yang tidak berfungsi,
jadi FM beli telefon flip jugak tapi yang baru, hehee...

#4.
SAMSUNG E-1310

...kemudian, FM minat dengan telefon slide pula,
jadi fon ni FM kasik kat abah FM...
FM beli telefon di bawah ni, 

#5.
SAMSUNG SGH-M620

...kemudian telefon ni pun rosak selepas setahun digunakan,
(band dia rosak, FM sayang fon nih, hantar jugak repair)
dan disebabkan fon di atas selalu meragam, fon baru pun dibeli 
phone walkman..

 
#6.
SONY ERICSSON W595

...itulah antara gadgets yang banyak berjasa kepada FM..
walaupun 'mereka' dah tidak digunakan lagi, tapi FM masih menyimpannya...
sayang nak dibuang...
...tanpa yang lama tiada yang baru!
tak gitu?

 kalian pula bagaimana..?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, November 21, 2011

CONGRATS harimau muda!!

keputusan penuh 5-4
harimau muda malaysia menewaskan garuda indonesia

tahniah Harimau Muda!!

puas hatilah!
terbaekk!!

: )

CINTA

kisah isnin yang berulang

kisah kebanyakan orang hari ini

pagi isnin di pejabat,
jam 9.00 am
huuu..[menguap] mengantuk, semalam tidak tidur secukupnya.
mengantuk sangat-sangat.

.
.
.
sebelum itu,

buzz buzz!! alarm berbunyi, di tepi katil.
jam 6.30 am
astarghfirullahalaziim...mengantuknya... kan bagus kalau belum pagi lagi..
tak per, malam kang aku nak masuk tidur awal.. [bercita-cita nak ganti tidur yang x cukup tu malam nya nanti]

.
.
.


sekarang ni banyak perkara yang membuatkan orang melengahkan tidur, ada yang sengaja  bakar minyak ditengah malam atau dalam kata orang putihnya, 'burnt the midnight oil' atas sebab-sebab apa yang ada pada zaman sekarang. cara hidup di zaman moden..
...gamers yang main PS3, xbox atau sebangainya, online di laman sosialnya...bloggingnya.. movie marathonnya.. berborak bla blaa..dll.

mereka sengaja melengah-lengahkan tidur. sampai ada juga yang terlupa nak tidur, hanya menyedarinya apabila sudah menginjak ke pagi..

kondisi ini berlaku lebih-lebih lagi pada hujung minggu di mana mind set mereka 'esok cuti, tak kerja'

tahukah mereka bahawa tidur itu satu keperluan? tidur itu penting?

banyak kesan buruk apabila seseorang itu tidak cukup tidur atau tidak tidur.

di sini fm nak share satu filem lakonan christian bale, tajuknya 'the machinist'
di dalam cerita itu, wataknya sebagai trevor reznik, dia tidak tidur. untuk filem itu, christian bale telah menguruskan badannya semata-mata untuk menampakkan kesan 'berjaga' atau direct simbol dia sebagai 'the machinist'.
christian bale as trevor reznik
banyak kesan dari tidak tidur/berjaga pada waktu malam, tapi FM highlight 3 seperti di bawah ni sahaja..
1. jadi macam watak christian bale di atas.. nak ke.?
2. bagi wanita, berjaga malam boleh menyebabkan kanser payudara
3. dan tentulah mengantuk di siang hari... Zzzz


....secara fitrahnya, Allah ciptakan malam untuk manusia tidur dan berehat.


namun apabila malam digunakan sebaliknya, itu yang sampai ada filem 'the machinist' tu. sedangkan mesin pun ada masa perlu direhatkan.

tidur itu penting. tidur adalah satu keperluan.
ketika tidur, otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. dengan tidur yang cukup, ia meningkatkan keupayaan untuk melawan jangkitan, mengekalkan jantung yang sihat, mengurangkan stress, menguatkan ingatan dan mengurangkan gangguan perasaan.

...pada siang hari begini 'keaktifan otak' memang diperlukan ketika bekerja.
alhamdulillah semalam cukup tidurnya dan otak pun dah cukup rehatnya.
kini waktu untuk bekerja. selamat bekerja di hari Isnin!

happy weekdays! =)

CINTA a.k.a FatinMraz

Saturday, November 19, 2011

CERITA DALAM SKETCH 7:

AMIR CHALET, PERAK


amir chalet.

chalet nih terletak di ayer tawar, perak.

kawasan chalet ini di menghadap laut yang dilindungi pokok-pokok bakau.
lokasi strategik untuk aktiviti luar seperti berkanu, memancing dan piknik.
bagi kaki pancing seperti renjer kabloi  ada dua pilihan memancing, tasik dan laut.

di sanalah kali pertama FM memancing di laut, dapat lah seekor.
ikan nya tak tahu nama, kecil sahaja., tangkap dan lepaskan semula.

kenangan bersama-sama kawan-kawan hostel form 5
warden bawa ke sana sebelum spm.
selain aktiviti luar, ada karaoke juga,
tapi pada waktu malam sahaja.

paling menarik dan tidak boleh dilupakan 
- berkanu di laut. best!


sekian cerita di sebalik lakaran 'mix media' ini.
enjoy!

Friday, November 18, 2011

hantaran






...6 dari 9 hantaran yang dibuat beramai-ramai

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, November 17, 2011

si tampan menampan bola

teruskan menampan bola ya KFC!
malaysia mesti menang malam ni..
bertahanlah!!

CINTA a.k.a Fatin Mraz

BIRAS

welcome the new member of the family, Mr. Khairul!
now as biras to my MH, uncle- paklang to irizz


my. MH & the groom
mak ngah gee, mak lang shida-the bride, lil irizz & me!



congrats again to them!
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, November 16, 2011

HOT FROM THE OVEN!

PAGE FM DI FB =)


assalamualaikum & selamat pagi semua...

alhamdulillah...

hari ini, FM berjaya juga 'create page' kat facebook tentang blog FM yang baru nak dimajukan ini.


semoga teman-teman bloggers sudi-sudilah kiranya 'like' ya.

maklumlah, selain blogging kalian juga pastinya ber facebooking kan..
jadi harap nya dapat lah support dari kalian

diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada teman bloggers yang banyak support FM selama 3 tahun ini..


p/s:klik 'like' kat sini pun boleh juga... : )

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, November 15, 2011

vg909ggh p]p[ [[b

mn jnm, n..l;lll,../.l.,ll.lllllll mm,.fjjfujgigjuudukjyjuojuoiupioiui0i90[oo'[hhnj,,mfohkiopihjkopl;l,ollcthkjmhkuk,jmlmjl mn    m,kknsz t5ol5tl;qalrfltkkknh,l ,k,..


p/s: hasil yang ditaip oleh irizz.mama sayang lak nak delete!
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, November 14, 2011

ADAT BOLA SEPAK

b i l a   m e n a n g   d i p u j i
. . . b i l a   k a l a h   2 4   j a m   d i k e j i

kondisi penyokong bila memang

dialog 1:
: semalam kau tengok bola tak?
: tengok!!
: supri supian tu..terbaekklah!!
: tu lah..dia gelecek jer tuh..
: sebenarnya dia bukan nak tendang, dia bersin jer tuh..
: gol kedua tu dia berdehem jer!
: memang terbaekklah!!

dialog 2
: kau tengok tak penjaga gol tu, khairul fahmi.. tangkap bola..
: fuuh.macam tangkap ikan beb!!
: tuh kau tak tahu dia dulu nelayan beb. bapak dia nelayan kat sungai kelantan tuh..



kondisi penyokong bila kalah,

dialog 1:
: bukan nak cakap apalah kan .. aku rasa menyesal betul pergi stadium malam tadi, duit tiket tu duit aku cukup makan jer sebulan. kau tahu tak main mcm budak sekolah tadika. aku rasa aku jer nak sarung jersey tu
: yang aku geram tuh, si supri supian tu dia punya dribble sup sap sup sap..rupanya gol sendiri!!

dialog 2:
: penjaga gol tu sapa kau cakap? nelayan?
: haa..ko suruh dia balik kampung keje nelayan..


itulah antara dialog dalam episod EDISI KHAS

HAHAHA!!
memang lawak.. tengok muka johan, along n jep pun dah lawak.. masa menang kemain minum oren pakai jersey.. kalah minum air sejuk jer.. hahaa

happy weekdays!

=)



tahniah untuk pasukan negara yang telah menewaskan cambodia 4-1 semalam.
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, November 8, 2011

curhat

curhat-istilah untuk curahan hati
dari pemerhatian FM, Irizz sebenarnya dah lama boleh berjalan sendiri..cuma baru malam semalam jer dia 'show off' .. siap memanjat sekali.. kira 2 in 1 lah pencapaian irizz  nih..

teruja tatkala irizz jalan ke arahku..
sebagai ibu.. FM rasa sangat gumbira melihat langkah-langkah pertamanya..

once in a lifetime moment tu..

...cuma terkilan apabila FM share dgn seseorang, dia compare kan Irizz dengan pencapaian 'anak orang lain' yg jauh lebih cepat pandai berjalan..


ibarat, berita gembira yang FM sampaikan tentang pencapaian Irizz sudah berjalan itu adalah 'nothing to be happy about' untuknya... so sad huh? 

something wrong womewhere i believe...

nway, berita gembira itu diterima baik dan dikongsi bersama orang-orang lain yang lebih menghargainya.

jadi, untuk share our happiness carilah orang-orang yang anda tahu dia akan menghargainya, jangan pula dikongsi dengan yang suka mengkritik dan membanding-bandingkan, kerana kesudahannya apabila berkongsi dengan orang seperti itu, kegembiraan anda tadi akan terganggu.

sebagai pengajaran, hati-hatilah ketika menutur kata. jangan terlalu laju berkata-kata, kerana terlalu laju bercakap membuatkan apa yang disebut tidak difikirkan terlebih dahulu buruk baiknya. dan ingatlah, orang ingat apa yang telah dilafazkan. sedang orang yang telah mengeluarkan kata-kata itu mungkin terlupa bahawa ayat-ayat yang tidak sedap didengar halwa telinga itu keluar dari mulutnya.

berfikir dahulu sebelum bercakap.


sekian.. terima kasih sudi membaca curhat ini.
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, November 5, 2011

CERITA DALAM SKETCH 6:

SALAM AIDIL ADHA



cik nab   :     cik tik, seb baik lah kita tak terlibat kan?

cik tik     :     terlibat?...dengan apa? 

cik nab   :    tuu...nampak tak kat kawasan masjid depan tu..?

cik tik     :    ha ah kan? nasib baik kita tak der lam list
              korban esok..

cik tik     :    alhamdulillah, tapi ko jgn lupa orang suka makan daging kita gak tau!

cik nab   :     yang aku ingat, aku dulu mmg anak tuan kita beli sebagai 'pet' ajer..  
                   hehee..tapi kau , aku tak tahu lah nasib engkau!

cik tik     :   ciss!! meh sini kau, meh sini aku smack down!!

cik nab   :    aduiiyaii!! cik tik.. kita kan kawan..


~sekian~

selamat hari raya aidil adha semua..
selamat menjalani ibadah korban




CINTA a.k.a Fatin Mraz


CERITA DALAM SKETCH ...yang lalu..





PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...