Followers

Friday, December 30, 2011

jumpa lagi tahun depan

3 hari ni FM tak berkesempatan berblogging 'seindah biasa'.


...sebab musababnya, 'proses nyahtoksin' sedang berlaku.

... nampaknya keadaan mencemburui kita. bila dah kembali normal nanti FM akan jenguk kalian, ya?


FM sign off dulu..


see u guys next year! =D



CINTA a.k.a Fatin Mraz




Tuesday, December 27, 2011

the countdown



27
28
29
30
31

december   
2011 . . .  2012 
january    


[winner of national geographic photo contest 2011]
http://ngm.nationalgeographic.com/ngm/photo-contest/2011/entries/gallery/places-winners/#/4


CINTA a.k.a Fatin Mraz


Monday, December 26, 2011

BMI

FM berada dalam kategori berwarna kelabu

anda bagaimana ya?
[nak tahu kategori anda, klik bawah ni,

BMI anda

[VISUAL GRAPH from google]




 
BMI-Body Mass Index atau Indeks Jisim Tubuh 
satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, December 24, 2011

SKETCH 12




Newton, Massachusetts
~salji time~


lakaran di atas menggunakan teknik titik [stippling technique]

titik demi titik yang menjadikan ia lakaran pemandangan.
pelbagai saiz [mata pen] digunakan untuk menghasilkan titik titik yang
berbeza untuk mewujudkan bayang dan sebagainya.

FM masih ingat lagi, sewaktu latihan ini diberi oleh pensyarah,
FM dan kawan-kawan satu studio dah jadi macam 'woody woodpecker'
'tuk tuk tukk' bunyi dalam studio..
ada 'tuk tuk' yang kuat bunyinya.. dan ada yang perlahan..


p/s: ada banyak titik, apapun, ia dimulakan dengan satu titik!
dan titik demi titik terhasillah satu lakaran~

CINTA a.k.a Fatin Mraz


Friday, December 23, 2011

keunikan malaysia-tema baru untuk siri wang ke-4 Malaysia

[myMetro BNM perkenal not, syiling baru]


pix_middle



ini dia koleksi siri wang ke-4 malaysia
bertema, 'KEUNIKAN MALAYSIA'

semenjak tahun 1967, BNM telah mengeluarkan 3 siri wang kertas dan 2 siri duit syiling untuk edaran.

mari kita lihat tema-tema bagi siri yang lalu,

bagi siri wang kertas;
siri pertama- corak matematik dan geometri
siri kedua-artifak kebudayaan
siri ketiga-wawasan 2020

bagi siri duit syiling;
siri pertama-bangunan parlimen
siri kedua-tradisi dan perwatakan malaysia


***
Bagi individu yang berminat, anda boleh mendapatkan koleksi terhad ini di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.


CINTA a.k.a Fatin Mraz



Thursday, December 22, 2011

anda suka warna apa?


from kosmo img


















welcome, siri wang kertas berwajah baru!

ada duit warna kuning.. hehee.. menjadikan siri wang kertas berwarna-warni.

sekali pandang macam albino... warna kuning 'note' rm20 ni memang menarik.

... ia tambahan warna bagi gubahan wang mas kahwin.

juga bakal menjadi isi dalam sampul duit raya 2012 nanti


untuk berita penuh, http://www.kosmo.com.my/

CINTA a.k.a Fatin Mraz



jawapan cuba teka

[dari entri cuba teka]

jawapannya:

[kelicap]





syarikat telekomunikasi celcom menggunakan hummingbird sebagai logo mereka.


previous logo


logo kini


yang menjadi persoalan, adakah hummingbird itu kelicap? FM baca komen dari sahabat blogger pocket dan miloais yang menulis kelicap a.k.a hummingbird.
...atau FM yang salah faham..

FM ada bertanya pada anuar zain empunya blog kelicap. tapi masih tiada komen balas.

ada sesiapa yang tahu tentangnya?
 
CINTA a.k.a Fatin Mraz



Wednesday, December 21, 2011

cuba teka



[punai]    [layang-layang]   [kelicap]

antara pilihan jawapan di atas,
burung apakah yang boleh terbang
ke atas,
ke bawah dan
ke belakang?


saya baru tahu apabila menonton moneydrop

CINTA a.k.a FatinMraz

Tuesday, December 20, 2011

penemuan uban



ya.. yang itulah..
uban...rambut kaler putih tu

bukan apa, just terkasima sebentar tatkala terlihat sehelai rambut
[err..betul ke penjodoh bilangan untuk rambut ni] berkaler putih sewaktu menyikat rambut petang tadi..

seingat FM kali pertama dan terakhir ia kelihatan pada kepala adalah sewaktu FM melahirkan Irizz.. itu pun bukan FM yang jumpa, tapi kakak FM ketika dia menjaga FM dalam pantang.. masa ikatkan rambut tinggi style orang pantang tu.. terjumpa lak sehelai

jadi, hari ini bertemu lagi dgn uban ke-2..hehee..

heh heh heh.. excited jer jumpa uban..sebab dulu-dulu masa sekolah masa beratur selalu jumpa uban kat rambut kawan2.. tapi saya tak ada.. heheee
 
 
kalian pula bila kali pertama 'dpt uban' ya?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, December 19, 2011

bila kali terakhir anda berlari?




m e r a n g k a k ->  berjalan ->  berlari!!!
paling digunakan=berjalan

bagaimana dengan berlari?

berlari ..mungkin juga berlari mengejar sesuatu, berlari-lari anak, berlari dikejar sesuatu...berlari ke arah sesuatu dan pelbagai interpretasi lagi.

seingat FM aktiviti berlari yang boleh direcall adalah

 #1.
menyertai dan memenangi acara lumba lari ketika di sekolah [100m, 200m, 4x100m] tapi x semuanya menang..ngeee..

#2.
berlari 2.5km dalam assesment PTD [dalam  ujian fitness larian mesti dihabiskan dlm masa kurang 15 minit]..alhamdulillah, lulus!

kemudian,

#3.
jogging petang-petang.. [beberapa tahun dahulu]




jadi, untuk menjawab persoalan pada tajuk di atas,
bila kali terakhir anda berlari?
memang dah lama FM tak berlari...

...bagaimana dengan kalian?



CINTA a.k.a Fatin Mraz



Sunday, December 18, 2011

doctors strike

from imgur


this reminds me to my uncle's entry

HEHEHE!!

bagi yang belum pernah ke blog nya, sila lah ke sana..
anda pasti tertarik dengan kreativiti nya


p/s:  'uncle' itu sekadar gelaran.. bukan lah uncle sebenar...  ^ ^ 
CINTA a.k.a Fatin Mraz


Friday, December 16, 2011

14 hari setahun



cuti kalian masih ada lagikah?

bagi yang belum mengambil cuti, masih sempat
jalan-jalan ambil angin, makan angin,
reward yourself for 2011 achievements
and get ready for 2012

~krismas cuti lagi~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

365



isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad

'7 hari yang diulang itu dikira sebagai 1 minggu,
4 minggu itu diulang lagi menjadi 1 bulan,
12 bulan itu dikira sebagai 1 tahun'

jadi apa yang membuatkan 1 tahun ada 365 hari?
7 hari yang bersilih ganti...




ada 2 minggu lagi sebelum tahun baru, ada kurang lebih 14 hari lagi
ramai yang mengemaskini azam..


#1.
apa azam yang dah dicapai?
#2.
             ada azam yang nak dibawa ke tahun depan tak?
#3.
azam baru?


...ada yang share untuk 2&3

berkahwin, nak kurus, BMI ideal?, nak anak..
ada juga yang feel like changing his career...



***

jadi kalian bagaimana, ya?


jgn jadi begini udah ler...
[google img]





p/s:dari wikipedia, sabtu adalah hari yang pertama dalam kalendar

CINTA a.k.a Fatin Mraz



Thursday, December 15, 2011

ini baru 3 hari tak online



FM pause blogwalk jap..
wah wah wah.. sana sini profile dah lain..
baru 3 hari FM away from this 'routine' [blogging]..
...dah lain ya rupa profile setting.
lebih simple.oke lah tu.

..oke sambung BW. 
CINTA

i'm back!

alhamdulillah,
laju sikit plan broadband baru ni...
jadi aktiviti blogging akan berjalan seperti biasa semula
nak melawat kalian dululah..
ada apa-apa yang FM miss?

; )

CINTA

Monday, December 12, 2011

apa pun tak boleh





nak sign in..lambat

nak tgk dashboard...lambat

nak view blog.. dah lah lambat, entri jer yang nampak..
side bar tak muncul..

nak tengok stats? lupakan..lambat

nak baca komen.. oke..tapi nak reply.. lambat

nak buat entri baru?...pun lambat..

apa nak buat kalau dah semuanya lambat ni??
jawapannya apa pun tak boleh..

apa yang perlu dibuat?
nampaknya perlu tukar plan broadband ni kepada yang lebih laju..


~tak leh BW, nasib baik ada terapi lain~

dear all,
FM mungkin bermasalah nak BW ke blog kalian,
harap maklum
apapun tak boleh buat sekarang ni


p/s: sebelum ni oke jer.. tapi sejak weekend baru ni pakai broadband yang rm138* tuh terasa broadband rm48* ni slow sangat..=[

CINTA a.k.a Fatin Mraz



Saturday, December 10, 2011

CERITA DALAM SKETCH 10

lakaran red square melaka pada tahun sekitar 15 tahun dahulu

FM ke sini ketika cuti sekolah
mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar banda hilir,
mengambil gambar dan membeli souvenir

ketika itu menara taming sari belum ada
dan pada ketika itu padang banda hilir juga masih ada
FM masih ingat lagi padang itu

ketika FM berdiri di atas bukit St. paul melihat ke laut, ada 'hijau padang' di situ...

kini padang itu menjadi tapak kepada dataran pahlawan melaka megamall

sayang pula rasanya apabila padang yang menjadi
 tempat pengisytiharan kemerdekaan itu kini tiada lagi...

apakan daya, untuk memberi laluan kepada pembangunan...

apapun, melaka memang popular sebagai destinasi tarikan pelancong
dari dalam dan luar negara

jadi, bagi anda yang belum bercuti
dan masih berfikir tentang destinasi percutian dalam negara
mengapa tidak ke melaka?

Friday, December 9, 2011

kotak imaginasi


"i-ma-gi-na-si "

[...ia disebut berulang kali dalam satu episod spongebob squarepants]


tapi FM bukan nak tulis tentang imaginasi si kuning spongebob tu..
...ini tentang imaginasi FM

2 tahun yang lalu...

'macam mana lah rupa anak kita ni nanti kan, bang?'
-tanya FM pada mr MH..


perkara pada persoalan itu yang selalu berada di dalam kotak imaginasi FM semasa mengandung.

mr MH pernah bermimpi tentang wajahnya. katanya, 'rambut baby lebat..'

akhirnya pada hari kelahirannya, persoalan terjawab..
dan inilah wajahnya,


day-4

day-5

 
irizz,
walaupun sekarang irizz dah nak masuk 18 bulan,
di mata mama, irizz masih seperti bayi lagi...
mama sayang sangat pada kamu!- mama


CINTA a.k.a FatinMraz


3 cara untuk membuat pembaca terus mengikuti blog anda

[dari part 1]


'...tujuan anda menulis adalah untuk dikongsi dan dibaca..
kalau tiada tetamu, bererti tiada pembaca
...tiada pembaca, bermakna entri yang nak dikongsi tak tercapai maksudnya..
atau dalam erti kata lain,
...blog anda seperti terawang-awangan di dalam blogospehere ini'



Sebelum ini FM ada tulis tentang bagaimana blogger lain boleh sampai ke blog kalian. 
Jadi ini adalah sambungannya...

Bagaimana membuat blogger yang dah sampai itu untuk terus mengikuti blog kalian?

Dalam erti kata lain, untuk memastikan mereka tetap bersama blog anda
dari masa ke semasa...

Ini berdasarkan pemerhatian FM, di sini dihighlightkan 3 yang paling penting.
3 cara itu adalah seperti di bawah;

#1.
jaga kualiti blog
[kualiti blog harus diutamakan]

sebenarnya, sebelum anda memikirkan tentang berapa ramai yang membaca blog anda,
perkara utama yang perlu difikirkan adalah tentang kualiti blog anda.
anda juga pembaca. jadi, adakah entri anda berbaloi untuk dibaca?

peranan kualiti blog
peranan kualiti blog ini boleh memberi kesan yang sama dengan 'love at the first sight’.
Jadi anda perlu bersedia. Siapa-siapa sahaja boleh sampai ke blog anda.  
Apabila anda sentiasa menjaga kualiti entri/blog anda, ia memberi kesan yang besar terutamanya untuk jangka masa panjang.
Kebanyakan blog yang disinggahi dan diikuti adalah blog yang berjaya ’menambat hati’ pembaca.
Ini tidak mustahil. Dan dari situ, pembaca mungkin berminat untuk membaca entri yang lepas-lepas.
Dan seterusnya mengikuti entri baru dari anda.
Berjaya di sini kerana faktor kualiti.

pengisian blog
Harus diingat, sekiranya, entri tiada pengisian, jadi, tidak kira apa pun yang anda lakukan pembaca/trafik tidak akan kembali.

gaya penulisan blog
Tulislah entri anda sepertimana anda bercakap.
ini kerana setiap individu adalah berbeza dari segi lenggok bahasanya dan cara penyampaian.
Ini juga membantu komunikasi lebih natural.

jadi diri sendiri
Jadilah diri sendiri ketika menulis. Kerana dari situ ia akan menjadi natural.
anda mungkin seorang yang humour, jadi buat yang memang sukakan nilai-nilai humour pasti 'melekat' pada blog anda. Anda yang gemar berbahasa puitis, pasti ada blogger di luar sana yang 'mencari-cari' anda.
Itu sekadar contoh.

fokus topik dan olah dengan menarik
Selain itu, fokus pada topik yang menarik perhatian pembaca.
boleh jadi ia dari pengalaman atau dari pemerhatian anda.
Yang penting ia diolah dengan cara yang menarik.
Olahan yang menarik itu yang membuat mereka terus mengikuti blog anda.


#2.
link kan entri dengan blog blogger lain.
apabila anda buat demikian, ia amat baik untuk merapatkan ikatan dengan teman bloggers.
kerana, setiap kali anda berbuat begitu, dan disedari teman blogger yang tersebut, mereka akan selalu menjengah blog anda juga. dan jika anda bertuah, mereka pun akan buat perkara yang sama.


#3.
aktifkan dirimu
blogging itu sendiri adalah satu dari cara berkomunikasi dan berkomuniti.
untuk itu, sebaiknya anda tidak meninggalkan entri anda tanpa disusuli dengan
tindakan membaca dan membalas komen.
menghadiri gathering yang dianjurkan teman bloggers juga membantu.
Ini kerana apabila hubungan yang sedia ada akan menjadi bertambah erat, dari rakan blogger menjadi teman.
Dan dari gathering itu, teman blogger tadi akan menjengah blog anda untuk terus bersilaturahim.

sebagai kesimpulan,
kualiti blog merupakan faktor utama untuk pembaca terus mengikuti blog anda.
faktor kedua dan ketiga adalah nilai tambah.
semoga blog kalian dan saya juga akan terus menghidupkan
dunia Blogosphere ini

 [end of part 2]

CINTA a.k.a Fatin Mraz



4 cara blogger lain 'boleh menghidu' blog anda




it's Blogosphere world

apabila anda membuka blog,
anda boleh tahu samada blog anda dikunjungi atau tidak
anda ketahui ini melalui kotak komen dan perubahan jumlah follower yang bertambah
mungkin bukan hari-hari..
namun yang pasti ada kunjungan dari blogger lain
jadi,
bagaimana blogger lain boleh sampai ke blog anda ya?
jadi inilah hasil pemerhatian dan pengalaman saya

#1.
dari kotak komen
-apabila anda tinggalkan komen di satu-satu blog,
dari situ blogger lain boleh menjejaki blog kalian.
jadi, rajin-rajinlah blogwalk dan tinggalkan komen

#2.
blog anda 'featured in' - di blog lain
-kemungkinan anda ditagged, atau blog anda berkaitan dengan entri mereka
luangkan sedikit masa sekiranya anda ditagged, support each other's blog

#3.
blog anda ada di bloglist blogger lain
-jadi apabila seseorang blogger itu blogwalk dan melihat blog anda di situ, mereka mungkin berminat untuk 'klik' link ke blog anda
rajin-rajinlah add bloglist kawan-kawan kat side bar kalian

#4.
kaitan laman sosial/promosi blog
-ini terjadi apabila anda meninggalkan link di laman sosial 
seperti facebook, twitter dan lain-lain.
mereka mungkin datang sebagai follower, pembaca atau trafik



p/s: bagaimana mereka boleh sampai? dah tahu jawapannya...
...yang penting
bagaimana membuat blogger yang dah sampai itu untuk terus mengikuti blog kalian?
 ikutinya dalam part 2 nanti...insya Allah

[end of part 1, part 2]

CINTA a.k.a Fatin Mraz


Thursday, December 8, 2011

sana cis sini cis..

tapi bila pergi habis...


sana-sini highlightkan cheese..


pizza hut masih lagi mempromosikan ultimate cheesy 7 pizza
...tidak ketinggalan, domino's pizza dengan menu cheese burst double decker



yang paling tak best adalah,
apabila dah 'terjebak' dengan promosi itu, apabila FM berkunjung ke Pizza Hut, EC Mall. namun end up, kecewa.

jangan kata nak makan cheese, rupa cheese pun tak nampak.
katanya, habis. menu itu habis seawal jam 3 petang dan tiada stok lagi.

apapun, masih belum mencuba menu itu. jadi, ada baiknya pizza hut lebihkan stok ya?
sebelum saya ke domino's pizza!

hehehee

CINTA a.k.a Fatin Mraz



Wednesday, December 7, 2011

Cliché


 

Cliché jer...


...asal bomoh jer
pakai tanjak.

...asal bomoh jer
rumah penuh dengan lilin.

...asal bomoh jer
rumah gelap walaupun kat luar hari siang..

Cliché jer kan?

dari cerita dulu sampai sekarang,
kalau part bomoh mesti mcm tu..


agaknya kalau tak pakai tanjak,
ikat kepala atau 'head gear'
tak jadi bomoh...

[adakah bomoh di luar filem juga begitu?]


bomoh ni lain sikit, dia buat jampi kat luar rumah. kenal bomoh ni?
hehee

p/s: tak pernah jumpa bomoh secara HD..
itukan perbuatan syirik
ini tentang watak bomoh pak boon semalam [tentang dhia tv3]

CINTA a.k.a Fatin Mraz



isnin selasa RABU khamis jumaat

ya, ini cerita tentang RABU


isnin
...hari mula kerja dalam seminggu selepas bercuti sabtu dan ahad
...monday blues selalu berlaku
...perhimpunan sekolah atau meeting ofis jatuh pada hari ini


jumaat
...selalu dah hujung-hujung hari kerja- bagi yang kerja 5 hari seminggu
...relaks sikit kalau kerja dah disiapkan, jadi super rajin kalau kerja masih tak siap
...ada yang selalu ambil cuti pada hari ini untuk cuti lama sikit [sambung sabtu dan ahad]


...rabu?
...di tengah-tengah hari dalam seminggu hari bekerja
...lebih mudah dan lebih famousnya..
sebagai,

...WORDLESS WEDNESDAY

CINTA a.k.a Fatin Mraz


PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...