TAMAN BUKIT PERMAI
FM kembali dengan satu lagi sketch dari koleksi sketches FM
kali ini special sikit sebab ini adalah antara sketch yang
paling FM sayang
amat sayang
jadi apa cerita disebalik lakaran air ni?
ini adalah pemandangan yang dapat dilihat dari taman
di Taman Bukit Permai, Cheras
sebuah bukit yang agak famous di KL
ia antara best spot untuk tengok bunga api
setiap kali sambutan tahun baru atau hari merdeka
sketch ini dibuat pada tahun 2000
ia menggambarkan saat matahari terbenam
FM yang tinggal tidak jauh dari taman ini
naik ke sini untuk melihat view dan seterusnya
mengabadikan keindahannya dalam bentuk sketch
tak lama kemudian FM berpindah tinggal ke taman ini
sebagai residen di sini
FM akan make sure ada di rumah sebelum petang menjelang tahun baru
kerana setiap kali nak menyambut tahun baru
warga KL akan berduyun-duyun naik
dengan kenderaan masing-masing
secara tak langsung tercipta la 'jam' yang teruk
sebab FM pernah terperangkap di dalam kesesakan yang sangat-sangat teruk
senang cakap tidak bergerak
kerana semua orang excited nak tengok bunga api
jadinya FM serik, so kalau time new year kat KL
FM akan elak naik atau turun pada waktu petang
kalau dah warga KL sanggup naik utk menyaksikan pertunjukan bunga api
FM yang memang residen taman itu pun tak terlepas
makanya akan join the crowd
berada di situ memang tidak menghampakan lah
kerana dari bukit itu dapat dilihat bunga api dari beberapa tempat
tempat2 biasa adalah dari KLCC, Dataran Merdeka, Times Square
dan lain-lain tempat juga
kenangan terindah di taman ini
adalah sewaktu dah dekat-dekat due date bersalin
Mr. Husband bawa FM jalan-jalan untuk kasi cepat bersalin
dan di sini jugalah Irizz bersama kami dan membesar
sehingga umurnya 8 bulan
...kemudian kami berhijrah ke Kuantan
sekian.
Taman Bukit Permai
ada rindu buatmu
 |
| day view from the same spot [google img] |
 |
| night view [google img] |
sekian, bertemu lagi dalam sketch-sketch lain
minggu hadapan
di hari yang sama
.....selamat berhujung minggu
♥ CINTA