'TAK KENAL, MAKA TAK CINTA'


. . blogwalk & now u're in my territory. ahlan wasahlan.this is my blog where i express my thoughts, share my experience & meet new friends.




Followers

Monday, December 24, 2012

317: my babies

Alhamdulillah...

Kelahiran anak ke-2 selamat...
Irizz dpt adik lelaki!




Namanya ameer khalifa~


FM
posted from Bloggeroid

Tuesday, November 13, 2012

316: 3cm

Saat yang dinanti telah tiba.
FM dah memasuki minggu ke-36.
Bila2 mase jer dgn izinNya boleh melahirkan bby ke-2 ni.

Pada kawan2 semua, di sini FM ambil kesempatan memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap.. Doakan FM ya.

Till we see again,
FM♥

posted from Bloggeroid

Sunday, August 26, 2012

315 : gift dari open house pM

Buat pertama kalinya FM pergi ke rumah terbuka orang kenamaan. Hihii...

Rumah terbuka perdana menteri malaysia, dato' sri mohd najib & datin sri rosmah @ tmn tasik sultan abu bakar, pekan, pahang.

FM pergi pun dah agak lewat juga. Majlis dari jam 10pg- 2ptg. FM tiba kat sana dalam pukul 1. Jadi, tak berkesempatan bersalaman dgn pm & his wife, sekaligus melepaslah duit raya. Huhu..dengarnya ada yg dpt ratus2... Tak perlah bukan rezeki, nak buat cemana,kan.

Sempatlah makan kenyang2 sambil dihiburkan dgn artis jemputan yang best2; ada awie, mazlan pet pet, dgn pengacara linda onn dan syarifah shahirah..sempat juga dengar datin sri rosmah menyanyi... Sporting tul.

Then sebelum balik dpt gift nih. biskut raya.
Dapat seorang sebekas. Oke lah tuh.



Apapun, rasanya kalau nak gi open house yg sebegini adalah dinasihatkan supaya pergi awal. Hehe..bukan apa, dpt berjabat tangan n tak terlepas duit raya and makanan pun taklah tinggal hujung2 jer.

P/s:ada yang dpt rm250-500 tuh..huhuu...rugi2 pergi lewat.




posted from Bloggeroid

Wednesday, August 22, 2012

314 : raye 2012! 1 Syawal 1433H




Thn ni raye..alhamdulillah.. berkesempatan balik ke kedua-dua belah kampung..

Melaka & taiping...

Weekend nih plan nak beraye kt umah PM kat pekan..

Bagaimana dgn raye kalian?


♡FM
posted from Bloggeroid

Thursday, August 9, 2012

313 : di mana silapnya?

Sudah memasuki ramadhan ke 21...
20 hari berlalu tanpa kepuasan dalam diri dalam erti kata diri dan ibadah..

Masih terasa kekosongan somewhere..
Ya allah ya tuhanku...
Tetapkanlah hatiku yang sentiasa berbolak balik ini...

Sesungguhnya aku mengharapkan rahmatmu ya allah...


Mood menghisap diri~
FM♡

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 7, 2012

312 : cara lain tgk laptop



Haha!!
Naper irizz buat laptop mcm buku tuh?

Rupa2nya dia tgh adjust laptop tuh... FM mainkan few videos utk dia tgk..
Ada lak video yg orientasi dia kena rotate 90°..
So jalan mudah nya pusing laptop 90° gak..hehee

♥FM

posted from Bloggeroid

Sunday, August 5, 2012

311 : R.O

Hehee.. Ini bukan pasal R.O surat tarik kete mcm lawak johan n zizan tuh...

..ini pasal reverse osmosis.

Mak FM gelar kat irizz.. Sebab lately irizz buat perkara2 yg dia x buat atau x minat buat dlu.

Di mana dia meniarap. Hisap puting tp sekejap jer. Nak berendoi dalam buaian. Lepak lam bouncinet. Duduk lam car seat sambil minta didodoi hingga lena..zzz..

She acts like a baby.. Setiap kali FM hilang dari pandangan dia pasti pggl 'nak mama...nak mama!!'

Apapun.. Tokoh kakak nya ada.. Hihii...
Mungkin naluri nak dpt adik kot. Nak perhatian lebih..



♥FM

Apapun..

posted from Bloggeroid

Thursday, August 2, 2012

310 : status-dari penerima kepada pemberi

Ini status pe lak FM nak story nih?
Tak lain tak bukan ttg duit raye... Hihi

...nak cerita gak sikit ttg note... Note duit...yang berwarna warni tuh..

Pasti ramai yang dah memiliki koleksi kalerful note baru duit malaysia...kan?

begitu berwarna-warni... Pastinya aidilfitri nanti lebih berseri... Hihii...

Agak2 lah kan berapa lah duit raya yang sesuai utk budak2 skrg nih ye.. Maklum dah ada duit2 baru.. Duit kertas dan syiling juge.

Dulu2.. Sejarahnya (zmn childhood)... Dalam famili..leh dpt 'note yg bernilai plg besar'... rm50 atau 5 keping note merah...dalam sampul duit raya... Kalau dalam kalangan anak buah pula mesti dapat duit merah..atau hijau.. Kalau ke rumah jiran2 ada lah dpt sekeping 50 sen atau seringgit.

Itu dulu...cerita sewaktu diri ini menjadi penerima...kini senarionya dah berubah..
Dari penerima kepada pemberi pula...

Jadi..raya nih byk ke locate utk duit raye?
Hehehee...

Kalian suke kaler per??

posted from Bloggeroid

Monday, July 30, 2012

309 : berkat ramadhan

Alhamdulillah...
Syukur FM pada ilahi...kerana dgn izin NYa...usaha utk 'memutuskan susu badan' dgn irizz berjaya.

In fact..usaha dah dimulakan awal jun yang lalu... Sebulan juga on- off latih irizz...

Dgn berkat ramadhan...irizz turut 'berpuasa' - iaitu menahan diri dari rutin bergayut dekat mama dia..

Dalam usia irizz genap 2 tahun dia sudah menerima realiti yang rutin itu tidak boleh diteruskan lagi.. No more breast feeding...

1 ramadhan - 3 ramadhan.. Irizz ada juge menangis merengek2... Tak dapat bergayut...
Namun..akhirnya irizz dah boleh tinggalkan rutinnya.

Hari ini... Dah 10 hari irizz 'puasa' dan nampaknya Irizz dah mulai lupa dan tidak lagi meminta2 nak bergayut... Lega rasanya...

Maklumlah..perut FM pun tengah membesar nih..dan kata tok kat kampung... Susu yg ada nanti habuan adik irizz pula... Irizz dan besar.. Cukup lah 2 tahun bf...

Apapun... FM puas hati dan syukur sebab niat nk bf irizz hingga 2 tahun tercapai! Dan usaha utk putuskan juga dipermudahkan Allah...





posted from Bloggeroid

Friday, July 27, 2012

308: puasa kerana allah

...bukan kerana ramadhan

Itu antara poin atau isi penting yg FM dengar dari rancgn semanis kurma.
Makna lain, seseorg yg berpuasa perlu dilakukan krn allah.

Bezanya, puasa kerana allah adalah berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga dlm waktu ditetapkan dan menjaga batas2 larangan dan menjalankan ibadah harian seperti solat dsbgnya.

Puasa krn ramadhan adalah berpuasa semata tanpa menjaga larangan dan suruhan allah. Contohnya sanggup berlapar dahaga namun tidak mengerjakan solat lima waktu. Jadi, apa yg dia dapat hanyalah lapar dan dahaga kerana tiang agama nya tidak dituntaskan.

Skop nya meluas sebenarnya. Bukan setakat menahan makan dan minum.. Segalanya perlu dijaga juga. Dan ibadah utama iaitu solat bukan perkara remeh.

Jadi marilah kita renung sama2 apakah kita berpuasa menjadi hamba allah atau hamba ramadhan??




Air putih @ air jarang @ air mineral atau apapun namanya.... Pastikan kalian minum air yang cukup demi kesihatan dalam menjalani ibadah di bulan ramadhan ni.

posted from Bloggeroid

Friday, July 20, 2012

307 : harapan ramadhan

'ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...
agar dapat dilalui dengan sempurna...'

selamat datang ya ramadhan..

FM ucapkan selamat berpuasa pada semua kawan-kawan. semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

salam ramadhan,

posted from Bloggeroid

Thursday, July 19, 2012

306 : oh..baru ku tahu

pulang ke kampung baru2 nih...
FM sajer tanya kat mak FM.. tentang melenggang perut..

tau apa jawapannya..
"tak der org buat lenggang perut anak no 2"

"erk!! yer ker? "... huhuu.. manalah FM tahu...

dulu mase peknen anak sulong.. tak terasa lak nak melenggang perut.. mengandung ke-2 nih rasa nak lenggang2 perut lak...

Heh heh heh...

macam2 kan pembawakan budak nih..

♥FM

posted from Bloggeroid

Monday, July 16, 2012

305 : menu pilihan



grilled salmon...nyum..nyum..

time peknen nih.. nak mkn ikan salmon jer ari2...

posted from Bloggeroid

Friday, June 15, 2012

303 : di sini tempat mengadu

payau..payau.. tekakku payau...

memasuki trimester kedua.. tekak terasa payau..
telan air liur pun rasa semacam..

allahuakbar!

besar sungguh ujian allah untuk ibu mengandung, kan... dari sekecil-kecil perkara hingga ke perkara yang besar.

fm tak dapat nak recall part nih sewaktu mengandungkan irizz dulu, mungkin ada... dah tak ingat.

...ibarat tiada tempat mengadu (esp. part2 morning sickness nih) fm google lah tentang petua hilangkan payau. dari apa yg fm baca ubatnya hanyalah bersabar menghadapinya. it seems like mcm tiada cure to it.

...kebanyakan mommies kata, 'sabarlah...'
mm.. memang kena sabar dsn kuatkan kesabaran lah macam nih..

tadi sempat gak tya kat facebook.. mana tau lam ramai-ramai kwn tuh ada yg tahu petua hilang atau kurang rase payau di tekak ni..

p/s: mood mcm nak berehat ajer... huhuu

posted from Bloggeroid

Thursday, June 7, 2012

302 : keberjayaan mereka mencipta nya

sebut topik...katakan ttg politik, tak semua org tahu.. dan ada yg x mau amik port.

sebut topik..katakan tentang lintasan planet ke.. tak juge semua org tahu.

tetapi, ada satu topik yg kalau disebut semua org tau.. tak kira lah budak-budak ke..remaja dewasa dan veteran.. semua tahu pasal nih.

tentang apa tuh? ...apa lagi.. bola lah!

minat tak minat.. yg pasti umum tahu tentangnya..

euro is back!!

kira berjayalah 'kaum'yang mencipta permainan yang menjadi kegilaan ramai nih, kan?


p/s:semangat tgk bola kembali!

teringat zmn bujang tengok bola kat mc d.

posted from Bloggeroid

Thursday, May 31, 2012

301.ilham mengidam

orang mengandung sinonim dgn mengidam. itu ini.
...tak dapat tidak.. kalau dah pregnant pasti ada yang teringin nak dimakan, terkadang sekadar nak dijamah.. merasa sikit pun jadilah.
...itulah kebiasaannya.

yang menjadi persoalannya kan, dari mana datangnya ilham nak itu dan ini tu ya?

...hehee..kekadang benda yg diidamkan tu sangat spesifik sekali..

itulah yang FM alami sekarang...kandungan sudah sebelas minggu.. [tu yang jarang update tu..mood mual loya] plus ngidam...;-)

posted from Bloggeroid

Thursday, May 10, 2012

300.takkan pernah terbalas

...jasa dan pengorbanan seorang ibu

sebelum sebut soal 'membawa perut nan sarat',
penderitaan sesetengah ibu tatkala dlm trimester pertama pun dah cukup hebat.
...dgn mual loya, dgn ketidakselesaannya dan pelbagai ujian lagi, lantaran perubahan hormon yang berlaku saat janin berada di rahim.
...namun kekuatan seorang ibu mampu mengatasinya demi amanah yang diberi allah iaitu zuriat tercinta.

masuk trimester ke-2, mual dan loya hilang sementara... namun masih ada sesetengah ibu yang masih menanggungnya.

tatkala perut memboyot dan sarat, tidur malam sudah sedikit demi sedikit hilang nikmatnya. berkalih ke kanan tidak selesa...begitu jua ke kiri.
...ini semua demi persediaan ibu bersedia untuk 'berjaga malam' saat anaknya lahir kelak.

semua itu tiada tandingan hebatnya dengan ujian berikutnya untuk seorang ibu...saat melahirkan. kesakitannya ditakrifkan kesakitan ke-2 selepas dicabut nyawa, tahap kesakitannnya memang diluar tahap yang dapat ditanggung oleh seorang manusia.

namun, itulah yang dilalui oleh seorang yang bernama ibu. pengorbanan ibu amat besar. berkorban nyawa demi melahirkan seorang anak.

begitulah sekadar renungan utk kita bersama.

sempena hari ibu ni.. apa kata kita raikan ibu buat yang masih ada... sebaiknya tidak menunggu hari ibu shj utk menghargai jasa dan pengorbanan ibu.

SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu seantero dunia!




posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

299.achtung!

testing. testing.

entri pertama guna sgn...




hye!!

selamat bertemu kembali!
ada sesape rindu aye tak?
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 18, 2012

WW16: ONE OF MY FAV PIC!







[nih fav pic nih, cuma ada sorg kakak FM yang bajunya keluar tema..heehee.. gara2 tailor x siapkan baju, kalau tak semuanya sedondon..gold gitew]

tahun ni  adik lelaki FM akan menamatkan zaman bujangnya..
...semoga segala urusan dipermudahkan  

Tuesday, April 17, 2012

298.sirap yang tak sedap

FM masih di KL
mual dengan sikap pemandu yang memandu perlahan tahap siput ...di kl lak tuh...
memandu di bawah 40km/j di atas jalan membuat kita yang kat belakang ni menyirap, 
tambahan pula di jalan yang hanya ada satu lane.. [in my case, susur keluar ke pandan indah dari MRR2]

adakah apabila seseorang itu tersedar yang apabila dia telah tersesat, dengan memandu perlahan masalah 'sesat' itu boleh selesai? 


tak kurang juga yang memandu perlahan kerana menggunakan telefon bimbit?

huh!

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, April 10, 2012

297. 3rd Anniversary~

~it's 10th apr~
@secret recipe, IM



                                                         


p/s:creme brulee cheese itu sgt sedap!

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, April 9, 2012

296.mendahului matahari





bangun awal dan punyai masa sebelum masuk waktu subuh
dengan tubuh yang telah siap sedia untuk sujud kepada NYA 
adalah suatu nikmat


tiada yang lebih indah dari membuka mata dan terasa segar 
tanpa perlu menunggu alarm berbunyi


alhamdulillah
masih hidup bernyawa...



selamat bekerja semua!


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Sunday, April 8, 2012

295. 15 jumadil awal 1433 / 7 april 2012






malam ini bulan sangat indah
FM, suami dan irizz bersantai di Teluk Chempedak dari petang...membawa ke malam
kalau di pantai barat ada scenery senja nan merah, tidak di sini
di sini ada senja nan biru

selepas senja nan biru, malam pun mula mengambil alih ruang bumi
spesifiknya lokasi kami di pantai teluk chempedak
ketika dinner kelihatan bulan mengambang penuh dan bayang nya di air kelihatan sangat dramatik
subhanallah!
FM hanya mampu kongsikan gambar ini dengan kalian
itulah bulan penuh pada malam ni 15j/awal 1433H
bersamaan 7 april 2012
tarikh yang istimewa 
...ahlan wa sahlan Nur Khaifa Qaisara~


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, April 6, 2012

294.hadiah birthday 14 tahun yang lalu































...mengemas dan menyelongkar old boxes dan lihatlah apa yang FM jumpa!




my old BOFA SET~


ia hadiah dari kawan sebilik semasa sekolah asrama dulu.

dia memang tahu, yang pada suatu hari FM pasti akan menggunakannya! =}
...dan FM telah menggunakannya semasa belajar dahulu..

masih dalam simpanan FM.


BOFA SET-art technical instrument for drawing, esp for architectural studies~




CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, April 4, 2012

WW14: WORLD BY YANKO TSVETKOV

  

  the world,








 the world mapping by yanko tsvetkov,




malaysia  as two skyscrapers? 



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, April 3, 2012

293.56% cocoa dark chocolate


chocoholic seperti FM akan sentiasa mencuba  coklat-coklat baru yang ada di pasaran. jenis coklat pula tidak lah limited pada satu-satu jenis sahaja. u name it.. and i'll like it~

tak kisahlah white chocolate, milk chocolate, dark chocolate, sweet dark chocolate, semisweet chocolate, bittersweet chocolate and unsweetened chocolate.  

coklat yang sedap tidak semestinya dibeli dari 'chocolate heaven' sahaja. juga, ia tidak semestinya dari jenama coklat terkemuka. terkemuka dunia mahupun dalam negara. cadbury, lindt, cote d'or, hershey's, droste and banyak lagi... & my all time favourate baci perugina. 

FM nak share tentang coklat dari jenama jusco selection. 56% cocoa dark chocolate. for me its a value buy. RM6 for 200g of chocolate bar. 56% coklat merujuk kepada kandungan koko solid didalamnya. rasanya sama sedap seperti branded chocs yang lain. 


bagi penggemar dark choc, bolehlah mencuba!

p/s: maaf gambar tidak disertakan~
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, April 2, 2012

292.dizziness




bila kepala pening, 
mungkin tanda badan dehydrated.
tapi peningnya luar biasa, mulalah FM terfikir tentang beberapa perkara;
1.what's weighing my mind? 
2.apa yang dimakan lately? salah makan? 
3.dan mcm2 lagi..[akibat menhadap laptop setelah sekian lama x o9]

...apapun, hari ni kepala pening luar biasa. lain macam rasanya.
nak berehat lah~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

291.tentang rambut

bercerita tentang rambut, amat berkait rapat dengan fesyen. lurus, perm, kaler, hi-light, pendek & panjang. 

untuk rekod, FM pernah mencuba kesemuanya KECUALI hi-light. yang lain-lain tuh memang pernah ada kat kepala ni.

secara ringkasnya, pada zaman kanak-kanak fesyen rambut akan bertukar apabila menjelangnya syawal. kiranya, di samping baju baru, rambut pun nak baru.

jadi untuk rambut raya, FM pernah ada 3 kali raya dengan rambut kerinting, 3 kali rebonding. amat jarang berambut pendek. kalau dikira, amat jarang menggunting rambut pendek. 

kalau masa kecil fesyen rambut dikaitkan dengan 'rambut raya'. berbeza sedikit apabila dah dewasa. tujuan selain fesyen adalah untuk 'perubahan diri' yang boleh dilihat oleh tuan punya badan sendiri. apabila nak perubahan ketara pada diri FM akan potong rambut. potong lak bukan sikit-sikit.terus zapp sekali pendek..

hasilnya, kelegaan yang tidak terkira. kepala rasa ringan dan berangin sikit. nak maintain pun mudah kalau nak compare dengan penjagaan ketika rambut panjang. jadi itulah yang dirasakan apabila keluar dari salon rambut. perasaan begini dirasakan kali terakhir adalah pada 4 tahun yang lalu. lama tuh. 

jadi, kalian pula bila kali terakhir 'memendekkan' rambut kalian?


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, March 31, 2012

290. status FB dan signifikan





'terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...'

'andai dapat ku undurkan putaran dunia...'

...macam -macam lagi status yang dapat dibaca di facebook yang dipetik dari lirik lagu. kalau lagu yang femes yang selalu ada dibibir memang sekali baca dah tahu itu lirik lagu. tapi ada juga petikan lirik dari lagu yang memang x familiar. jadi, bila ada yang komen tentangnya, si pemilik FB akan menjawab, 'lirik lagu jer tuh.. mana ada apa-apa.. ; )' 

begitu juga dgn status yang dipetik dari skrip filem atau drama. tak kiralah drama melayu atau yang lain-lain.

'sharks are born swimming...' 

'silang panggung nampak?' 

'my evangeline..'


setiap status di FB pasti ada signifikannya. kita pasti boleh membaca kondisi seseorang  itu melalui status nya. 
kalau tengah stress dgn kerja, pasti status berkaitan kerja, submission, client bla bla. begitu juga dalam kondisi-kondisi yang lain. bercuti, bergembira, bersedih hati dan macam-macam ragam kehidupan.

jadi, isu yg FM utarakan di sini adalah tentang lirik lagu, sejauh mana kebenaran komen balas  'itu lirik lagu jer'. adakah sekadar itu atau ada berkaitan dengan diri si peng'update status' berkenaan?

apa pendapat kalian pula?



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, March 29, 2012

289. psstt






















kadang-kala diam itu lebih baik.
lebih baik berdiam diri dari menyebut perkara-perkara mungkar.  
atau bercakap tanpa faedah.
itu soal percakapan.

di blog bagaimana pula?
diam dan tiada updates, naik sawang juga dibuatnya.

mm..tiada entri lebih baik, sometimes kan?
siapa setuju?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, March 28, 2012

WW13: KAN?


'andai semudah ini MENYINGKAP sesuatu...kan?'

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, March 23, 2012

287.FROM ZERO TO TWO



12 beautiful months...the first year




...and she's entering her second year



...3 months to go
for her second birthday



likely, every month pun mama sambut birthday kamu, irizz..
to me, every 28th is yours~

3 more months to go...
dear mommies out thr.. ada tips yang sesuai untuk 'putuskan' anak dari menyusu badan?




CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, March 22, 2012

286.FOR FACEBOOK TIMELINE USERS

COOL FACEBOOK TIMELINE COVER, EVER~


interesting collection [6 pics]

facebook timeline cover 1 


facebook timeline cover 2

facebook timeline cover 5 

facebook timeline cover 6 

facebook timeline cover 14  

facebook timeline cover 15  


kewl kan?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, March 21, 2012

285.WAY TO REMOVE TIMELINE FROM YOUR FACEBOOK


it's back! my normal FB~

way to remove your TIMELINE from FB;
2.pilih browser yang anda gunakan
3.KLIK dan INSTALL
4.REFRESH browser anda

kemudian, FACEBOOK anda akan berwajah seperti yang asal.


p/s:  ia hanya appear pada PC/laptop anda sahaja. 
profile anda dan friends yang juga menggunakan TIMELINE akan appear as OLD FB. 
bagi yang tidak install 'timelineremove' ni, profile anda masih kelihatan sebagai TIMELINE.


so it just a matter of look!
it seems impossible to get back to the old FB~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

WW12: THE GREEN CARPET




French village of Jaujac 

 


for more info...


p/s: artis berjalan atas red carpet~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, March 20, 2012

283.result spm..result spm..

14 tahun yang lalu punya cerita...






amat mendebarkan. kenapa? sebab masa trial spm tak dapat pangkat 1..aggregat pun teruk..
so bila result spm yang sebenar nak keluar memang cuak sangat lah kan...

dah lah teringat 'ugutan' atau so called 'warning' dari ketua warden asrama. katanya, 
'baik kamu buat yang terbaik. belum ada yang keluar dari bilik ni yang tak dapat pangkat 1 tahu?'
itu kata ketua warden pada FM sebaik berpindah masuk ke bilik penghulu asrama. and pada masa yang sama menjawat jawatan itu. 

masa berlalu...dan tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua.. hari keputusan SPM diumumkan.

FM tak pergi berseorangan. seingat FM, FM berkumpul dengan kawan-kawan sekelas yang lain dan merancang untuk pergi bersama-sama. kami naik bas, dan duduk di seat paling belakang sambil menyanyi. psiko diri yang sedang gementar.

berjalan menghampiri perkarangan Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, orang sudah ramai. kami tiba pun tidaklah awal. kami berjalan terus ke dewan sekolah.surprise dah tak surprise lagi bila ada cikgu yang wish tahniah! dapat pangkat 1! FM pun pelik. FM belum pun tengok slipnya lagi. bertambah cuak.

terus ambil slip. dan alhamdulillah. syukur pada ALLAH swt. FM berjaya mencapai short term target!
alhamdulillah...



rindu skool time~





untuk rekod, FM dan kawan2 ketika itu merupakan first batch dalam aliran teknikal. kerana sebelumnya adalah vokasional. pengalaman ambil result tuh memang sentiasa di ingatan setiap kali spm diumumkan.


*****


p/s: masa exam, paling malas nak tulis / isi detail diri tuh.. letih menulis benda yg sama... huhuu.. kalau leh chop jer kan senang.. ngeee =D

CINTA a.k.a Fatin Mraz

282...mengesat air mata



airmata yang menitis...
...mengalir
barangkali
kerana kematian
kehilangan
kekecewaan 
mahupun kegagalan
dan pelbagai lagi ujian yang menimpa

kesatlah ia
..itu adalah ujian


teruskan berjalan kerana dalam hidup nih ada ups and downs~






ada ke orang nak mengaku 'meracuni' seseorg yg lain?


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, March 15, 2012

281."i was there"


 
  
 

"sejuk. kabus... dingin..
bunyi kicauan burung-burung kecil.
pohonan renek, periuk kera, lumut menghijau mendiami batu.
dedaunan basah dek embun @ gunung bubu" 


XPDC gunung bubu ni antara yang memorable to me.went there masa form 4.penat mendaki berbaloi.
dengan view yang sangat-sangat cantik kat puncak tu.banyak pengalaman dan kenangan dari xpdc tu.

and paling tak lupa. i left something there... wondering adakah ia masih di situ?
botol yang berisi my wishlist.dan antara wish list masa tuh adalah;



  • pangkat satu lam spm dgn aggregat di bawah 20
  • masuk universiti, & study architecture
  • to be an architect 


banyak yg dah tercapai..alhamdulillah..
dan ada lagi yg lain2.. yg belum dicapai.dan satu wish yang tertulis lam botol tu jugak;

  • untuk datang ke sini semula

....adakah akan tercapai?

♥ CINTA a.k.a Fatin Mraz 






ni lah group XPDC gunung bubu~





Wednesday, March 14, 2012

280.FOR GRAFFITI LOVERS

[23 images]

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

CINTA a.k.a Fatin Mraz

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...