'TAK KENAL, MAKA TAK CINTA'


. . blogwalk & now u're in my territory. ahlan wasahlan.this is my blog where i express my thoughts, share my experience & meet new friends.




Followers

Tuesday, January 31, 2012

241 . . . kalau

if only...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
-Riwayat Muslim


terkadang sudah terbiasa menyebut,

'kalau...bla bla..'
'kalau lah.. bla blaa..'
'kalau aku tahu dia tu..bla blaa'
'kalau aku tahu jadi macam nih..bla bla bla'

...sedangkan ia dilarang. larangan ni ada hikmahnya. kalau dilihat-lihat semula memang benar. dengan menerima ketentuannya, membuatkan kita redha terhadap apa yang berlaku setelah berusaha pada awalnya.

tapi jika berlaku sebaliknya, iaitu tidak menerima hakikat, itu yang terjadi 'kekecamukan' 'ketidakpuashatian' dan pelbagai  penyakit hati lagi.

*****


♥ CINTA a.k.a Fatin Mraz



Monday, January 30, 2012

240. kerana Aaron semata




FM baru jer tonton filem ombak rindu. oleh kerana ia filem yang sudah agak lama ditayangkan dan telah diperkata ramai, jadi 'expectation' FM terhadap filem itu agak tinggi. di mana ia dikatakan filem sedih,
banyak air mata yang berlinang kerana menontonnya, dan banyak juga tisu-tisu buat pengelap.

namun begitu, sepanjang menonton filem tersebut, FM tidak merasakan 'feeling' yang pernah disebut oleh ramai blogger. jadi FM sekadar meneruskan hingga ke penghujungnya. ada satu bahagian di mana jalan cerita lebih kurang drama di TV3-tentang Dhiya. tentang ibu lelaki yang memfitnah menantu itu.

kesimpulannya filem tu okelah. mungkin juga sebab FM tak membaca novel fauziah ashari itu.
namun FM berpuas hati dengan lakonan mantap Aaron Aziz.


*****

antara skrip yang dapat direcall dari filem 'ombak rindu'


tak cukup aku kurung kau dalam rumah ni kau nak kurung kau dalam bilik air?-haris

..and i will make sure, that one fine day, u'll be deadly in love with me-mila amelia

orang paling hensem dalam kampung ni pun kau boleh tolak mentah-mentah. ada macam suami mila amelia?-mail

muka dia, hidung dia,mata dia sebijik macam suami mila amelia-izzah

perempuan adalah ciptaan allah yang paling istimewa, semakin allah menyayangi kita semakin kuat dugaan yang allah akan berikan pada kita-mak jah

do i have to call my own husband? let's go, i wont take 'no' for the answer-mila amelia





p/s: ramai yang menangis tengok 'filem air mata' ni kan..? 
namun ia tidak berjaya membuat FM menangis..mungkin tengok tanpa perasaan kot~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

239.lahir hari yang sama


suratan atau kebetulan?


tentang isnin ni...

 pada hari isnin FM dilahirkan
pada hari isnin juga suami FM dilahirkan

dan pada hari isnin juga FM melahirkan irizz


cuma masa yang berbeza...
FM lahirkan Irizz pada waktu subuh 
suami FM dilahirkan waktu pagi 

dan FM pula pada waktu petang

jadi, isnin adalah hari permulaan kami~



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Sunday, January 29, 2012

238. candylicious




ada sesiapa yang pernah ke Candylicious?

FM baru jer pergi, itupun masa nak ke Aquaria baru-baru ni.
rasanya ia boleh dikategorikan sebagai outlet baru juga di KLCC.

memang best. buat 'hantu coklat' mcm FM ni, bila ke 'port coklat' mcm tu, rasa nak capai semuanya.memula FM capai belgian bittersweet, then grab butterscotch,
 milk choc..

FM nak ambil gambar kat situ, tapi ada satu sign
'no photography, the chocolate is rather shy'
... jadi tak kesampaian lah keinginan nak bergambar di dunia fantasi coklat.

apa yang menarik di sana adalah, bagi FM lah kan,
adalah coklat yang paling mahal! dan paling berat!

2.2kg coklat bar berharga RM150.
'Giant Hersyey's Block'

...besides, anda boleh jumpa coklat dan candy yang unik.
sesuai untuk dijadikan hadiah ataupun dijadikan hantaran perkahwinan.

for candies, ada konsep 'pick n mix'. ada gummy bears, gummy worms, peach rings cola bottls dan jelly beans. this means, we can just simply mix any of them!

yang menarik perhatian selain coklat dan candy, adalah souvenir yang bertemakan those famous chocolates. ada t-shirts, bags, coin purse, cushion, mini troli dan banyak lagi!







...finally bagi FM, candylicious is 'CHOCOHOLIC HEAVEN'



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Saturday, January 28, 2012

237. my heart smile [updated]


video


sepetang di rumah uwan...
auntie: mama
irizz: mamma

auntie: lembu
iriz: buu vuu

auntie: bas
irizz: bah

auntie: miau
irizz: ami

itulah antara perkataan yang disebut dalam 'version irizz'..
mama tu oke lah.. jelas.. bab lembu tu.. dia buat bunyi lembu..
perkataan bas lak, dia sebut abah.. sebab tak dapat bunyi 's' kat hujung perkataan tu..
perkataan kucing a.k.a miau.. dia sebut ami..
kalau nampak kucing, dia akan panggil 'ami..ammi!'

setiap kali dengar tu lah, my heart smile..
cair jer rasa hati ni~
irizz..irizz..

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, January 25, 2012

WW4: januari 2012




~the three of us~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

235.AQUARIA KLCC

cuti CNY, FM & family ke Aquaria,
sebelum tu, we had our lunch at klcc
& lepas tu baru beratur panjang nak masuk Aquaria

kami lucky hari tu, masa masuk tu kebetulan sama dengan masa 'feeding piranha'
jam 4 petang, so dapatlah tengok those piranhas makan


pirana tgh tgu makanan...


~ni dia org kuantan~


~at chilli's klcc, irizz busy kan diri sementara nak tgu hidangan sampai~
jerung antara tarikan utama, selain tuh, FM suka tgk ikan pari yang sentiasa 'senyum' masa 'terbang dalam air'.. & penyu.. & kuda laut.. & obor-obor.. =}

~irizz agak takut dengan ikan besar-besar..tu yg muka sebek jer tuh~

~irizz yg mmg dah sangat2 penat, tak nak berjalan, tak nak berkasut,
hanya nak didukung~


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, January 20, 2012

234. setahun sudah berlalu





itu entri setahun yang lalu..


...ketika my 'very first resign letter' telah dihantar.



CINTA a.k.a Fatin Mraz

233.salam takziah buat keluarga izwan pilus

FM buka FB, baca status aizat amdan,


Aizat Amdan
Salam Takziah kepada keluarga Izwan Pilus diatas pemergian Arwah ke rahmatullah pada pukul 6.15 td.. Al-Fatihah


tinggal kenangan

innalillah hiwainnalillah hirojiuun...

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, January 19, 2012

232. dua tiga dua tarikh diberi... manakan sama tarikh lahir ku...

..[tajuk sebenar uncle gedek& aizat amdan-apakah persamaannya?]


FM nonton video klip lagu..
sampai satu lagu ni, FM teringat sesuatu..
'mm..macam pernah ku lihat aksi ini..tapi di mana ya?'



video klip aizat amdan, sungai lui.

lihat pada minit ke 3:45...
aizat still but the background bertukar-tukar.

this reminds me to uncle gedek.. again?
nak tahu yang first? leh klik sini!
uncle gedek ni dah berjaya create satu fenomena dikalangan bloggers. setuju?

psstt..uncle gedek,
r u the one yg design taht video klip?
or.. aizat cilok idea uncle..? heh heh

hehee..sometimes idea kita sama kan..
it just a matter of siapa yg buat terlebih dahulu..

*****

p/s: abaikan tajuk, kerna tiada kena-mengena dengan entri ini
kebetulan entri ini yang ke-232..
ia sekadar pemberitahuan tentang birthday FM...
23/2- sama dengan birthday aaron aziz tau! =}
tak sangka lak ai..uols!


CINTA a.k.a Fatin Mraz

231.STICK TO THE FIRST CHOICE


[gambar sekadar hiasan, mungkin ada kena mengena dalam kes tertentu]

ada satu perbualan dengan seseorang yang meninggalkan kesan pada FM. seseorang yang dimaksudkan itu adalah seorang pembantu di sebuah kedai yang mana FM sedang berkira-kira mahu membeli sesuatu...FM ke kedai itu 2 kali, pertama sekadar melihat dan kali kedua setelah membuat keputusan untuk 'memiliki' barang tersebut.

sampai di kedai, FM melihatnya...harga sekarang boleh dikatakan rendah juga. kurang RM21 segram..ia pernah mencecah RM188 segram. rumours mengatakan selepas CNY ini ia akan naik semula.

apabila diberikan kepada FM, FM mencubanya.. cantik! tiba-tiba! FM nampak satu pattern yang menarik di mata juga! ala-ala princess crown gitu~ FM cuba juga.. alamak.. cantiklah!! =D  saiz 12..hmm..saiz pun dah kena...jadi penilaian perlu dibuat semula...tadi berfikir, 'nak beli atau tidak?' sekarang persoalan bertukar, 'nak yang ini ke yang itu?hmm..'

jadinya...FM berfikir-fikir semula...'yang first choice tu memang my old time favourite and evergreen dan yang satu lagi tu pula kira macam 'crush' lah...hahaha!

after all, pembantu kedai tu pun cakap, 'jangan fikir banyak.. ambil yang kamu nak mula-mula tu..' kata-katanya itu benar-benar membantu dan menyedarkan FM dari lamunan..

why not kan? stick to the first choice! ...then, FM pun membayar dan membawa 'nya' pulang... =}


here's the tips;
Always and always stick with your first choice
and forget about everything else!
Why, you would ask? Well your first choice
is based purely on your own opinion.



*****


soalan pemahaman : bagi yang rajin & sporting ye =}

1.cuba teka apa yang FM bawa pulang tu..
____________

2.apa ciri yang menyebabkan FM juga berminat pada 'item ke-2' itu?
[a.menarik]    
[b.ala-ala princess crown]     
[c.cantik]    
[d.kesemua di atas]


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, January 18, 2012

WW3: cone, stick or bar?

    

...which one do u prefer?



...home-made ice cream

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, January 17, 2012

229.~fancy~


apabila warna dan corak memberi kesan...










di'grab' dari,
thefancy.com

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, January 16, 2012

228.mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam


Sensitiviti seorang Muslim terhadap hal-hal HALAL & HARAM mestilah tinggi. Soal HALAL adalah keutamaan dalam urusniaga & perniagaan.
Firman Allah dalam suruh Ah-Nahl ayat 114,

“Oleh itu, makanlah wahai orang-orang yang beriman dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi baik & bersyukurlah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”

dalam entri yang lalu, FM ada berkongi tentang we-are-what-we-eat-part-II,
tentang produk antioksidan, VEMMA,

blogger CHE MID dan Gadis Bunga ada menyebut tentang sijil pengesahan halal produk tersebut, 

untuk itu di sini FM sertakan salinan sijil pengesahan halal produk VEMMA di peringkat Asia.

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Sunday, January 15, 2012

227.ibu


FM nak kongsi satu klip video yang sangat touching.
FM dapat dari FB -KIM (kelab ibu menyusukan)

first time tengok, i can't help myself..
menitis air mata juga dibuatnya..
sangat menyentuh hati..

ini dia klip video nya,
(liriknya FM sertakan sekali di bawah)


'bersinar kau bagai cahaya
yang selalu beriku penerangan
selembut sutra kasihmu ‘kan
selalu rasa dalam suka dan duka
kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu
bagaikan embun kau sejukkan
hati ini dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti
kaulah ibuku cinta kasihku
pengorbananmu sungguh sangat berarti
sinari hidupku dengan kehangatanmu'



untuk klip video asal nyanyian haddad alwi feat farhan


CINTA a.k.a Fatin Mraz

226.mentari muncul lagi



sebelum ni FM ada tulis rindu sang mentari

...memandangkan setiap hari hujan membasahi bumi..
hingga terasa rindu pada terik mentari..

alhamdulillah, hari ini mentari muncul lagi..
mentari menyinar indah,
walaupun tidak seterik biasa..
cahayanya cukup menghilangkan kerinduan ini



irizz senyum gembira
harapnya esok cerah lagi,
CINTA a.k.a Fatin Mraz



Saturday, January 14, 2012

225. we are what we eat [part II]




seperti yang telah FM jelaskan dalam entri sebelum ini,
pemakanan memberi kesan pada kesihatan.


#1.sumber-sumber tertentu (seperti yang disebut dalam ENTRI 224) menyebabkan penghasilan radikal bebas yang berlaku sepanjang masa dan sukar pula dikawal.


#2. untuk itu, antioksidan dikenalpasti sebagai bahan untuk menghapus atau melemahkan radikal bebas yang terhasil dalam tubuh.


#3. sumber terbaik adalah dari sayur-sayuran dan buah-buahan.kita memang disaran untuk mengambil sayur-sayuran dan juga buah-buahan setiap hari.
persoalannya, adakah kita berjaya mengambil 5-9 hidangan sayur dan buah setiap hari?


'Untuk itu FM nak kongsikan tentang satu produk yang dapat membantu kita dalam memastikan pengambilan sumber antoksidan harian tersebut'

i n t r o d u c i n g . . . .



FM telah mengambilnya dalam masa sebulan, ternyata ia amat berkesan. setelah menjalani proses nyahtoksin, badan terasa ringan. bayangkan toksin yang mendiami usus sekian lama telah berjaya disingkirkan.
apabila usus telah bersih, barulah penyerapan makanan sempurna. 


bukan sahaja sebagai fungsi utama sebagai penghapus radikal bebas yang kuat, ia juga berfungsi sebagai; 
  • Melindung dan menyokong jantung yang sihat
  • Menjadikan mata, kulit dan rambut lebih sihat.
  • Menjanakan tenaga yang mencukupi.
  • Menyokong sistem pengimunan.

 

tambahan lagi, seperti dalam gambar di atas. likely yes! secara faktanya memang ya.

kesemua khasiat pemakanan yang ada dalam beg kertas itu ada di dalam sebotol produk ini.

secara kesimpulan, khasiat yang terdapat dalam KEBAIKAN SEBOTOL 
PRODUK INI adalah seperti di bawah ini;




dari pengalaman FM sendiri, ia perlu diambil 2 ounce sahaja dalam sehari.
rasanya pun sedap. sangat sedap.
dan khasiatnya 'THE WORLD'S MOST POWERFUL LIQUID ANTIOXIDANT'






perkongsian tentang kebaikan. dan oleh kerana itu FM teruskan berkongsi tentangnya dengan kalian. sekiranya ada apa-apa pertanyaan sila komen ya. jangan malu-malu.
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, January 13, 2012

224. we are what we eat


[sambungan dari entri sebelum ini]

Pemakanan
Jadi apakah perkara penting yang perlu kita ambil tahu tentangnya ya?

Makanan yang kita makan adalah sumber yang dikenalpasti memberi kesan pada kesihatan.
Ini kerana dari makananlah radikal bebas terhasil dalam badan.

 

Berdasarkan kajian para SAINTIS,

#1.
kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser!!!


#2.
lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari.
Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya. Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadiradikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. 

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas. Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan. Dari mana datangnya radikal bebas ini?

#3.
Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber:
  • Makanan tidak sihat/berkhasiat— Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar)
  • Minuman beralkohol
  • Rokok- Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
  • Tekanan/stress-Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
  • Bahan kimia/toksik di dalam udara (seperti racun serangga).
  • Sinaran ultra ungu
  • Pencemaran alam sekitar- air, udara

#4.
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. 
Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan. 


#5.
Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikalbebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikalbebas.
Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. 


#6.
Sumber antioksidan terbaik
fitokimia-pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah
Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari

http://fatinmraz.vemma.com/
 



 
 [..bersambung lagi]


CINTA a.k.a Fatin Mraz


Thursday, January 12, 2012

223. health & beauty




#1.
Nak kurus

#2.
Nak BMI ideal

#3.Nak amalkan senaman & joging

#4.Nak jaga makan-diet yang betul

#5.kesihatan 

#6.Kecantikan 

#7.Awet muda


...itu antara azam 2012 kawan-kawan bloggers.

disini FM dapat  rumuskan bahawa ia boleh disimpulkan kepada satu topik utama iaitu


k e s i h a t a n


...kerana dengan tubuh badan yang sihat, kejayaan dapat dicapai, samada bagi yang bekerja ataupun belajar.

'Kejayaan, kebahagiaan, kecantikan.
Semuanya bermula dengan kesihatan.'

Apabila tubuh sihat, bangun di waktu pagi, mata segar.
Jadi, hari dapat dimulakan dengan baik.
Dengan tubuh badan yang sihat, aktiviti harian boleh dilakukan pada tahap maksima. Hidup boleh dijalani dengan baik, merangkumi ibadah kepada Allah, mahupun melakukan kerja yang menjana ekonomi diri dan keluarga.

Apabila menyebut tentang kesihatan, ia berkait rapat dengan pemakanan.

Sebab itu adanya kata-kata
'we are what we eat’

Jadi pemakanan penting. Selain aktiviti senaman dan sebagainya.
entri seterusnya FM akan jelaskan dengan ringkas tentang pemakanan.


[to be continued...]

CINTA a.k.a Fatin Mraz



Wednesday, January 11, 2012

irizz mama


2010

2011, feb 15
 

2011, march 19


CINTA a.k.a Fatin Mraz

WW2: CLICK! CLICK!!

MY ONLINE HEALTH AND BEAUTY BIZ


CINTA a.k.a Fatin Mraz

rindu sang mentari

masa hari panas,
'kalau hujan kan best! sejuk..'

sekarang hujan hari-hari,
'kalau hari panas, banyak kerja leh dibuat ni'


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, January 10, 2012

Monday, January 9, 2012

FM dari penang & korea


new arrivals!
FM dapat 2 ketul fridge magnet, satu dari penang, satu dari korea.

thanks to blogger dinasaldi & erry!

CINTA a.k.a Fatin Mraz

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...