this territory is sponsored by

kenapa CINTA? ... itu nama yg abah bg kat saya mase tenit dulu.. ;)

Thursday, January 19, 2012

231.STICK TO THE FIRST CHOICE


[gambar sekadar hiasan, mungkin ada kena mengena dalam kes tertentu]

ada satu perbualan dengan seseorang yang meninggalkan kesan pada FM. seseorang yang dimaksudkan itu adalah seorang pembantu di sebuah kedai yang mana FM sedang berkira-kira mahu membeli sesuatu...FM ke kedai itu 2 kali, pertama sekadar melihat dan kali kedua setelah membuat keputusan untuk 'memiliki' barang tersebut.

sampai di kedai, FM melihatnya...harga sekarang boleh dikatakan rendah juga. kurang RM21 segram..ia pernah mencecah RM188 segram. rumours mengatakan selepas CNY ini ia akan naik semula.

apabila diberikan kepada FM, FM mencubanya.. cantik! tiba-tiba! FM nampak satu pattern yang menarik di mata juga! ala-ala princess crown gitu~ FM cuba juga.. alamak.. cantiklah!! =D  saiz 12..hmm..saiz pun dah kena...jadi penilaian perlu dibuat semula...tadi berfikir, 'nak beli atau tidak?' sekarang persoalan bertukar, 'nak yang ini ke yang itu?hmm..'

jadinya...FM berfikir-fikir semula...'yang first choice tu memang my old time favourite and evergreen dan yang satu lagi tu pula kira macam 'crush' lah...hahaha!

after all, pembantu kedai tu pun cakap, 'jangan fikir banyak.. ambil yang kamu nak mula-mula tu..' kata-katanya itu benar-benar membantu dan menyedarkan FM dari lamunan..

why not kan? stick to the first choice! ...then, FM pun membayar dan membawa 'nya' pulang... =}


here's the tips;
Always and always stick with your first choice
and forget about everything else!
Why, you would ask? Well your first choice
is based purely on your own opinion.



*****


soalan pemahaman : bagi yang rajin & sporting ye =}

1.cuba teka apa yang FM bawa pulang tu..
____________

2.apa ciri yang menyebabkan FM juga berminat pada 'item ke-2' itu?
[a.menarik]    
[b.ala-ala princess crown]     
[c.cantik]    
[d.kesemua di atas]


CINTA a.k.a Fatin Mraz

20 hujan panas mendung cerah:

gadisBunga said...

saya syak tu gelang emas lah!

gadisBunga said...

soalan teka teki pulok - sebab nampak mcm lagi cantik dari yg 1st, tapi mungkin lebih fragile atau tak versatail untuk semua occasion. eheheh~

che mid said...

Salam, ha ha.. ke pembantu kedai tu dah malas nak layan...

miloais milo said...

iols tak leh nak imajin apa yg uols nak beli tu...

tapi iols setuju bab - pilihan pertama tu - selalunya itu yg terbaik

Nur-nba said...

Mesti barang kemas.. Tak rantai, sure gelang tangan emas.. Betul tak?

Fatin Mraz said...

@gadisBunga
hehee... jawapan itu tidak tepat~
kerna.. gelang dijual bukan mengikut saiz.. hehee..

Fatin Mraz said...

@gadisBunga
aiseyman.. sy dah kasik pilihan abcd.. =}

Fatin Mraz said...

@che mid
itu mungkin dari pemahaman CM..

Fatin Mraz said...

@miloais milo
bab itu betul..pilihan pertama..

Fatin Mraz said...

@Nur-nba
kurang tepat..brg kemas tu dah betul lah tapi..

Acik Erna said...

FM..memang tak boleh nak elak dari rambang mata..bila dah masuk kekedai emas.

Dinas Aldi said...

Cincin dan D. Hehe.

Pocket said...

ohh! pocket xtau pasal design barang kemas. crown?
bukan cincin ke?

pilih yg first?
then pocket kena kawin ngan kakak angkat yg tua 4 thn lah ye. ohh

Fatin Mraz said...

@Acik Erna
rambang mata dek silauan keemasan nya~

ieda said...

haa gelang yeee eekkeke ;)

norh said...

1. cincin
2. d

:)

eh, betul ke RM21 segram?

Fatin Mraz said...

@Dinas Aldi
jawapan yang dicari-cari!
tepat sekali~

=D

Fatin Mraz said...

@Pocket
betul pocket..cincin.. hehee
jodoh ni jam.. x kire umo.. hehee

Fatin Mraz said...

@ieda
tet!
tidak betul..hehee =}

Fatin Mraz said...

@norh
jawapan tepat dan betul.
norh org ke-2 jawab dgn betul.

its kurang RM21 dari RM188 sebelum ni.. skrg harganya RM165-167 segram

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR FIELDS