Followers

Saturday, March 31, 2012

290. status FB dan signifikan





'terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...'

'andai dapat ku undurkan putaran dunia...'

...macam -macam lagi status yang dapat dibaca di facebook yang dipetik dari lirik lagu. kalau lagu yang femes yang selalu ada dibibir memang sekali baca dah tahu itu lirik lagu. tapi ada juga petikan lirik dari lagu yang memang x familiar. jadi, bila ada yang komen tentangnya, si pemilik FB akan menjawab, 'lirik lagu jer tuh.. mana ada apa-apa.. ; )' 

begitu juga dgn status yang dipetik dari skrip filem atau drama. tak kiralah drama melayu atau yang lain-lain.

'sharks are born swimming...' 

'silang panggung nampak?' 

'my evangeline..'


setiap status di FB pasti ada signifikannya. kita pasti boleh membaca kondisi seseorang  itu melalui status nya. 
kalau tengah stress dgn kerja, pasti status berkaitan kerja, submission, client bla bla. begitu juga dalam kondisi-kondisi yang lain. bercuti, bergembira, bersedih hati dan macam-macam ragam kehidupan.

jadi, isu yg FM utarakan di sini adalah tentang lirik lagu, sejauh mana kebenaran komen balas  'itu lirik lagu jer'. adakah sekadar itu atau ada berkaitan dengan diri si peng'update status' berkenaan?

apa pendapat kalian pula?



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, March 29, 2012

289. psstt






















kadang-kala diam itu lebih baik.
lebih baik berdiam diri dari menyebut perkara-perkara mungkar.  
atau bercakap tanpa faedah.
itu soal percakapan.

di blog bagaimana pula?
diam dan tiada updates, naik sawang juga dibuatnya.

mm..tiada entri lebih baik, sometimes kan?
siapa setuju?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, March 28, 2012

WW13: KAN?


'andai semudah ini MENYINGKAP sesuatu...kan?'

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, March 23, 2012

287.FROM ZERO TO TWO



12 beautiful months...the first year




...and she's entering her second year



...3 months to go
for her second birthday



likely, every month pun mama sambut birthday kamu, irizz..
to me, every 28th is yours~

3 more months to go...
dear mommies out thr.. ada tips yang sesuai untuk 'putuskan' anak dari menyusu badan?




CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, March 22, 2012

286.FOR FACEBOOK TIMELINE USERS

COOL FACEBOOK TIMELINE COVER, EVER~


interesting collection [6 pics]

facebook timeline cover 1 


facebook timeline cover 2

facebook timeline cover 5 

facebook timeline cover 6 

facebook timeline cover 14  

facebook timeline cover 15  


kewl kan?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, March 21, 2012

285.WAY TO REMOVE TIMELINE FROM YOUR FACEBOOK


it's back! my normal FB~

way to remove your TIMELINE from FB;
2.pilih browser yang anda gunakan
3.KLIK dan INSTALL
4.REFRESH browser anda

kemudian, FACEBOOK anda akan berwajah seperti yang asal.


p/s:  ia hanya appear pada PC/laptop anda sahaja. 
profile anda dan friends yang juga menggunakan TIMELINE akan appear as OLD FB. 
bagi yang tidak install 'timelineremove' ni, profile anda masih kelihatan sebagai TIMELINE.


so it just a matter of look!
it seems impossible to get back to the old FB~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

WW12: THE GREEN CARPET




French village of Jaujac 

 


for more info...


p/s: artis berjalan atas red carpet~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, March 20, 2012

283.result spm..result spm..

14 tahun yang lalu punya cerita...






amat mendebarkan. kenapa? sebab masa trial spm tak dapat pangkat 1..aggregat pun teruk..
so bila result spm yang sebenar nak keluar memang cuak sangat lah kan...

dah lah teringat 'ugutan' atau so called 'warning' dari ketua warden asrama. katanya, 
'baik kamu buat yang terbaik. belum ada yang keluar dari bilik ni yang tak dapat pangkat 1 tahu?'
itu kata ketua warden pada FM sebaik berpindah masuk ke bilik penghulu asrama. and pada masa yang sama menjawat jawatan itu. 

masa berlalu...dan tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua.. hari keputusan SPM diumumkan.

FM tak pergi berseorangan. seingat FM, FM berkumpul dengan kawan-kawan sekelas yang lain dan merancang untuk pergi bersama-sama. kami naik bas, dan duduk di seat paling belakang sambil menyanyi. psiko diri yang sedang gementar.

berjalan menghampiri perkarangan Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, orang sudah ramai. kami tiba pun tidaklah awal. kami berjalan terus ke dewan sekolah.surprise dah tak surprise lagi bila ada cikgu yang wish tahniah! dapat pangkat 1! FM pun pelik. FM belum pun tengok slipnya lagi. bertambah cuak.

terus ambil slip. dan alhamdulillah. syukur pada ALLAH swt. FM berjaya mencapai short term target!
alhamdulillah...



rindu skool time~





untuk rekod, FM dan kawan2 ketika itu merupakan first batch dalam aliran teknikal. kerana sebelumnya adalah vokasional. pengalaman ambil result tuh memang sentiasa di ingatan setiap kali spm diumumkan.


*****


p/s: masa exam, paling malas nak tulis / isi detail diri tuh.. letih menulis benda yg sama... huhuu.. kalau leh chop jer kan senang.. ngeee =D

CINTA a.k.a Fatin Mraz

282...mengesat air mata



airmata yang menitis...
...mengalir
barangkali
kerana kematian
kehilangan
kekecewaan 
mahupun kegagalan
dan pelbagai lagi ujian yang menimpa

kesatlah ia
..itu adalah ujian


teruskan berjalan kerana dalam hidup nih ada ups and downs~






ada ke orang nak mengaku 'meracuni' seseorg yg lain?


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, March 15, 2012

281."i was there"


 
  
 

"sejuk. kabus... dingin..
bunyi kicauan burung-burung kecil.
pohonan renek, periuk kera, lumut menghijau mendiami batu.
dedaunan basah dek embun @ gunung bubu" 


XPDC gunung bubu ni antara yang memorable to me.went there masa form 4.penat mendaki berbaloi.
dengan view yang sangat-sangat cantik kat puncak tu.banyak pengalaman dan kenangan dari xpdc tu.

and paling tak lupa. i left something there... wondering adakah ia masih di situ?
botol yang berisi my wishlist.dan antara wish list masa tuh adalah;



  • pangkat satu lam spm dgn aggregat di bawah 20
  • masuk universiti, & study architecture
  • to be an architect 


banyak yg dah tercapai..alhamdulillah..
dan ada lagi yg lain2.. yg belum dicapai.dan satu wish yang tertulis lam botol tu jugak;

  • untuk datang ke sini semula

....adakah akan tercapai?

♥ CINTA a.k.a Fatin Mraz 






ni lah group XPDC gunung bubu~





Wednesday, March 14, 2012

280.FOR GRAFFITI LOVERS

[23 images]

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

CINTA a.k.a Fatin Mraz

WW11:TREES


NATURAL PESPECTIVE VIEWS



tree tunnel @ sena de luna, spain

tree tunnel rivne, ukraine


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, March 9, 2012

278.light and easy




Comedy cartoon film: up

"when i get big, i'm going where he's going, south america, 
its like america,but south..
paradise fall, a land lost in time"-ellie

itu antara skrip yang bagi FM cute.sangat cute, apabila seorang kanak-kanak mempunyai visi sedari kecil. visi 'adventure' nya.

haha.ini filem lama. tak silap tahun 2009. FM kumpul filem filem animasi yang pernah ditayangkan. 

bagi irizz yang memang sukakan belon, memang dia suka sangat lah dengan cerita ni, sebab ada baaaanyak belon. colorful balloons!!

infact, best layan cerita kartun ni. direct n interesting. 

tengok cerita ni pun leh ternangis, especially part carl mengimbau kenangan dia bersama isterinya, ellie.
life mereka sangat simple. mereka menjalaninya bersama-sama, sweet.. sampai lah hujung nyawa ellie.
dan paling tak disangka yang ellie maksudkan 'my adventure life' itu adalah life dia dan suaminya. so sweet...
dengan music piano as the background song... mostly dari mula sampai abis cerita..

light and easy~


p/s: seefood dah keluar! jom ke cinema!!


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, March 8, 2012

277.lain padang lain belalang




~view on the way ke busra, kelihatan beberapa pohon zaitun~
~perjalanan yang panjang memasuki bahagian asia, turki~

"mengapa boleh ada cetusan difikiran tentang 'the grass is always greener on the other side'
atau dalam kata lainnya, memikirkan tentang hidup atau kehidupan orang lain adalah lebih baik?"

ingatlah, apapun 'pameran'nya pasti yang baik kan.
siapa yang mahu membuka pekung di dada?
jadi, sudah tentunya, nampak lebih hijau dan menarik

rahsia kan tetap rahsia.
tapi kalau ada yang membocorkan rahsia di laman sosial mereka, itu pakej yang lain.
kebanyakan menjaga rahsia dengan baik.

jadi, oleh itu sentiasa melihat dari pelbagai sudut dan situasi.
jangan cepat pre-judge tentang sesuatu.

kalau lihat bawah, lihat lah atas sekali..baru boleh nampak pelangi
kalau lihat atas, lihatlah yang di bawah juga..mana tau ada duit terpijak..
kan?


CINTA a.k.a Fatin Mraz

276.mainan tidur



blogwalking kadang2 boleh carried away gak kan?
frankly, FM x pernah join any blogger gathering..
so kebanyakannya hanya kenal di sini..

jadi, apabila ada yang muncul dalam mimpi tu memang satu pencapaian hebat lah kan?


siapa pernah mimpi gak gimme five~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...