Followers

Thursday, May 31, 2012

301.ilham mengidam

orang mengandung sinonim dgn mengidam. itu ini.
...tak dapat tidak.. kalau dah pregnant pasti ada yang teringin nak dimakan, terkadang sekadar nak dijamah.. merasa sikit pun jadilah.
...itulah kebiasaannya.

yang menjadi persoalannya kan, dari mana datangnya ilham nak itu dan ini tu ya?

...hehee..kekadang benda yg diidamkan tu sangat spesifik sekali..

itulah yang FM alami sekarang...kandungan sudah sebelas minggu.. [tu yang jarang update tu..mood mual loya] plus ngidam...;-)

posted from Bloggeroid

Thursday, May 10, 2012

300.takkan pernah terbalas

...jasa dan pengorbanan seorang ibu

sebelum sebut soal 'membawa perut nan sarat',
penderitaan sesetengah ibu tatkala dlm trimester pertama pun dah cukup hebat.
...dgn mual loya, dgn ketidakselesaannya dan pelbagai ujian lagi, lantaran perubahan hormon yang berlaku saat janin berada di rahim.
...namun kekuatan seorang ibu mampu mengatasinya demi amanah yang diberi allah iaitu zuriat tercinta.

masuk trimester ke-2, mual dan loya hilang sementara... namun masih ada sesetengah ibu yang masih menanggungnya.

tatkala perut memboyot dan sarat, tidur malam sudah sedikit demi sedikit hilang nikmatnya. berkalih ke kanan tidak selesa...begitu jua ke kiri.
...ini semua demi persediaan ibu bersedia untuk 'berjaga malam' saat anaknya lahir kelak.

semua itu tiada tandingan hebatnya dengan ujian berikutnya untuk seorang ibu...saat melahirkan. kesakitannya ditakrifkan kesakitan ke-2 selepas dicabut nyawa, tahap kesakitannnya memang diluar tahap yang dapat ditanggung oleh seorang manusia.

namun, itulah yang dilalui oleh seorang yang bernama ibu. pengorbanan ibu amat besar. berkorban nyawa demi melahirkan seorang anak.

begitulah sekadar renungan utk kita bersama.

sempena hari ibu ni.. apa kata kita raikan ibu buat yang masih ada... sebaiknya tidak menunggu hari ibu shj utk menghargai jasa dan pengorbanan ibu.

SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu seantero dunia!




posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

299.achtung!

testing. testing.

entri pertama guna sgn...




hye!!

selamat bertemu kembali!
ada sesape rindu aye tak?
posted from Bloggeroid

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...