'TAK KENAL, MAKA TAK CINTA'


. . blogwalk & now u're in my territory. ahlan wasahlan.this is my blog where i express my thoughts, share my experience & meet new friends.




Followers

Wednesday, December 31, 2014

324: final entri 2014


hari ni hari terakhir untuk tahun ini.
terfikir untuk menempel satu entri sebagai penutup.
dalam tahun 2014 ni, macam-macam juga yang berlaku.
untuk diri FM lah..

tahun 2014 ni, FM berpindah dari Kuantan balik semula tinggal di KL setelah 4 tahun berada di sana. FM merasa pengalaman banjir pada hujung tahun lepas. serik juga dibuatnya, dan kebetulan kerja di Kuantan pun dah selesai, maka balik lah semula ke KL (dan serik kena banjir)

tahun ni juga FM kembali bekerja! setelah 4 tahun berehat menjadi surirumah & usahawan di rumah. ;)

itu lah antara yang penting untuk FM dalam tahun 2014.

2014 ni banyak ujian yang berlaku untuk negara kita.
pesawat MH370 yang hilang entah ke mana.. MH17 yang ditembak jatuh..

penutup 2014 pula, lagi ujian yang besar..
banjir besar, ribut dan lain-lain bencana alam..

banjir yang boleh dikategorikan banjir terburuk pernah berlaku. melihatkan itu, FM teringat 
pengalaman FM ketika banjir hujung tahun lepas. 3 hari hujan tak henti. banjir dan bawa anak-anak sehelai sepinggang keluar ke tempat selamat. namun, banjir tahun ni lebih teruk lagi. 

mungkin ia kelihatan seperti musibah, namun dalam tiap-tiap yang Allah jadikan itu ada hikmahnya. 

innalillahiwainnalillahirojiun  To Him we belong, to Him we shall return.

insya Allah, semoga esok, tahun yang baru 2015 ada sinar yang menerangi keadaan mendung hari ini. 


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, December 23, 2014

323: HUJUNG TAHUN & KALENDAR TAHUN BARU



hari ini 23 hb Disember 2014.
kurang lebih 8 hari sahaja lagi bumi yang kita diami 
akan melengkapkan operasinya mengelilingi sang mentari.
maka itulah lengkapnya tahun 2014 ini.
sempurnalah satu peredaran lengkapnya.

maka tahun hadapan bumi akan terus lagi mengelilingi sang matahari 
sehinggalah ke suatu waktu yang ALLAH telah tetapkan.

dan, kita juga insya allah, 
akan meneruskan peluang untuk hidup di muka bumi ALLAH ini.
dan terus melengkapkan diri untuk satu masa yang ALLAH telah tetapkan.


kalendar ni bagi FM ada menariknya. konsepnya 'count-down stamp system'
satu hari berlalu-buang satu. berkuranglah hari demi hari. 

supaya kita lebih menghargai masa & hari yang ada.

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, December 22, 2014

322:KUNCI


ini kali pertama ia terjadi.
kunci kereta tertinggal dalam kereta & kereta terkunci.
sedar pun sewaktu nak balik. waktu itu, ada few solutions yang dapat difikirkan.

balik rumah & get my spare key, or get the 'james bond' to help me. 
hendak balik ke rumah, memang tak ok, sebab hari tu kebetulan final bola malaysia lawan thai kat stadium bukit jalil. memang tgh jem. mase tu FM kat MYDIN USJ. to call my husband & help me? mm.. dia dah kat stadium mase tu. if, call 'pakar' buka kereta dia nak RM100. fuuh berpeluh juga nak keluar duit tuh. 

nak balik, kena amik cab or take public transport. teksi ke komuter subang..bla bla..lrt..teksi.. & nak kena fikir balik semula ke MYDIN tu. 
memang akan memakan masa & kos. 

so, after difikirkan, ada baiknya panggil jer 'james bond' tuh. habis duit pun tentu2 lah dapat balik dengan kereta & kereta tak diapa-apakan. maklum, ada juga kes yg nak keluarkan kunci sampai kena pecah cermin or apa2 lah kan.. alhamdulilah, selepas 20 minit menunggu 'james bond' datang. dalam kereta dia lengkap dengan peralatan james bond dia. dia pakai kinda pembaris besi nipis.. my mom & sister tengok jer cara dia nak unlock the car. nampak macam nak cover2 jer that guy. so selepas my mom tak tengok, sekejap jer dia dapat buka kereta. in less than a minute.

alhamdulillah, lega rasanya. 

sambil menghulurkan upah kepada that guy. FM ucap terima kasih. my mom siap tanya dia pandai tak kalau kes2 pintu rumah ke yg lain2 terkunci? 
berseloroh dia jawab;

'boleh, semua pun boleh...ada satu tak boleh.
HATI. saya tak boleh tolong'

waktu tu FM senyum. namun setelah masuk ke dalam kereta. terdetik di hati, 
betul kata dia tu. HATI kalau dah terkunci memang tak ada siapa pun dapat tolong walaupun dibayar berapa sekalipun. 

insaf FM.


(pic taken during bomba inspection kat TPP puchong)

CINTA a.k.a Fatin Mraz

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...