'TAK KENAL, MAKA TAK CINTA'


. . blogwalk & now u're in my territory. ahlan wasahlan.this is my blog where i express my thoughts, share my experience & meet new friends.




Followers

Wednesday, July 29, 2015

Tuesday, July 14, 2015

342. raya 2015! salam aidilfitri 1436 H



assalamualaikum

kurang lebih 2 hari saja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan 1 Syawal 1436H.
dengan itu kurang lebih 2 hari juga lah saki baki hari yang ada dalam bulan Ramadhan ni.

dengan itu, saya ambil peluang di sini untuk meminta maaf zahir & batin pada kalian semua seandainya ada tersalah bicara, tersilap kata. dan saya tidak menunggu hari raya untuk meminta maaf kerana tak tahu adakah panjang umur untuk menyambutnya.. 


pada yang baru merancang untuk pulang ke kampung, sila berhati-hati. rancang perjalanan. siapkan bekal apa-apa yang patut. pastikan kenderaan dalam keadaan selamat, angin tayar cukup. minyak cukup.. hehee

pada yang masih bekerja, teruskan bekerja. ceria-ceria selalu.

pada yang sudah berada di pangkuan keluarga, alhamdulillah. ringankan tulang dengan kerja-kerja apa yang patut. mobile phone tu kasi taruk tepi kejap ek?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, July 7, 2015

341.istimewa


Ku mahu lebih dari itu
Juang cinta berlagu
Padam rasa pilu

Matamu sinar cahayaku
Menyalakan api cinta kita
Selamanya

Langit malam ini masih muda
Pejam matamu tenang seketika
Mimpi indah sampai ke syurga

Aku mahu sehidup semati
Jaga hatimu sampai hujung nyawa
Kau istimewa

Ku rasa apa yang kau rasa
Ombak yang kita bina
Takkan terpisah

Sempurna seindah rembulan
Istana kota bahagia
Milik kita

Langit malam ini masih muda
Pejam matamu tenang seketika
Mimpi indah sampai ke syurga

Aku mahu sehidup semati
Jaga hatimu sampai hujung nyawa
Kau istimewa

Langit malam ini masih muda
Pejam matamu tenang seketika
Mimpi indah sampai ke syurga

Aku mahu sehidup semati
Jaga hatimu sampai hujung nyawa
Kau istimewa



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, July 1, 2015

340. Kau Pergi Jua...



kau pergi jua.. sudah takdir Nya begitu.. ajal maut di tangan Tuhan 


dalam perjalanan FM utk pulang ke rumah hari isnin, dikejutkan dgn panggilan telefon dari adik FM, sungguh FM x menjangkakannya.. walaupun FM tau saat itu pasti tiba. 


pak itam dah meninggal
12 ramadhan 1436 bersamaan 29/06/2015 
11.30 pg

itulah yang terbaik, Allah ambil nyawanya... pak itam disahkan menghidap kanser paru-paru.
namun begitu, selepas pembedahan... dan siri masuk-keluar hospital dalam tempoh kurang lebih 3 bulan, dia akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya..

apa yang membuatkan FM terkejut apabila mendapat khabar tersebut adalah kerana, terasa baru sahaja FM berjumpa dengannya, hari jumaat 9 ramadhan 1436 yang lalu FM melawatnya di hospital. kelihatannya semakin pulih.

tp apakan daya, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.. 


malam 10 ramdhan itulah kali terakhir FM menatap wajahnya, menyuap makanan dan minuman ke mulutnya, mengusap ubun-ubunnya... dan sempat mengucup tangannya tatkala dia sudah dibenarkan keluar dari hospital. 


walaupun FM tiada ketika arwah menghembuskan nafas yang terakhir, namun FM tidak terkilan.

keesokan harinya, barulah FM berpeluang melawat pusara arwah di Tanah Perkuburan Raudahtul Sakinah, Taman Batu Muda. 



Seorang lagi insan terapat darah daging FM telah kembali ke rahmatullah,  setelah pemergian uwan (Ogos 2009), atuk (1990) & tachik..  

inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun

semoga roh Hj. Hamzah Bin Musip dicucuri rahmat.. 
& termasuk dlm golongan org2 soleh.. amiin..


ikhlas dari, 

 CINTA a.k.a Fatin Mraz





Friday, May 29, 2015

339:RUTIN

selalunya sekiranya tiada aral melintang pukang
FM akan tggl kan ofis on-time about 6 pm. 
..& setelah keluar dari tol RM2 Lebuhraya Sungai Besi, 
akan terus memandu ke arah MRR2.. 

by the time nak sampai ke lokasi ini, 
30-40 minit telah digunakan.
(untuk melepasi jalan dari old klang road-kuchai lama)
jadinya, purata mase utk sampai ke Pandan Jaya adalah around 6.30-6.45pm.
[note:actually dlm every photo leh nampak 'waktu' nya pada jam tu
& mileage pun-0 km/jam]


6.40:Pandan Jaya

6.46: simpang Pandan Jaya-MRR2

6.47: MRR2-TESCO Ampang

6.52:MRR2-near SHELL

6.57:MRR2-Tmn Tasik Ampang Hilir

7.01:MRR2-flyover Jalan Ampang

7.06:MRR2-Flamingo Hotel

7.12:MRR2-persimpangan masuk DUKE

7.15:persimpangan exit DUKE

7.20:MRR2 -Bukit Antarabangsa

7.23:MRR2-persimpangan Ukay 


finally, bila dah menjelang marghrib time baru tiba di rumah.
begitulah perjalanan pulang ke home sweet home~
dalam 24jam sehari tu, 
2-4 jam 'diperuntukkan' di atas jalan raya.
kalian bagaimana?
berapa jam pula diperlukan utk rutin harian ini??


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, May 13, 2015

338: SANTAPAN ROHANI

Ujian, bahasanya bisu. 
hadirnya tidak terduga. ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. ya, terlupa siapakah kita di sisi NYA. terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. 

itulah antara pengisian dari buku BEST SELLER ustaz kazim elias.







































alhamdulillah, Finally FM dapat bawa balik kedua-dua buku tulisan Ustaz Kazim Elias ni dari rak buku bahagian BEST SELLER di kedai buku popular. harganya rm 19.90 setiap satu. & ada rebat 20-25%.

selamat membaca,
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, April 15, 2015

337. LET'S REDEEM!




Inilah hasil mata yang terkumpul dari 4 belian terakhir FM untuk diapers anak. selalunya FM akan beli diapers yang besar dalam 84 keping di dalam satu-satu pack. setiap pack tu membolehkan FM menerima 170 mata. 

jadi buat parents di luar sana yang mempunyai bayi atau anak kecil yang masih memakai diapers, lebih baik setiap belian itu dikumpul matanya, kan? maklum lah perlaksanaan GST ni, diapers tidak terkecuali.

jadi, pada yang berminat, silalah layari link di bawah ini;


sharing is caring,

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, April 9, 2015

336.FREEBIES






sample sudah sampai!
inilah aktiviti waktu lapang FM. request samples from the web. 
menarik bukan? 
kalau ada sesiapa berminat klik jer mana-mana web yang ada bagi freeebies macam yang ini MalaysiaFreeSampleGiveaway

sebelum-sebelum ni FM dah terima few samples such as diapers, health & beauty products, dan banyak lagi. 

p/s:best bila ada orang hantar bungkusan ke rumah/ofis. kadangkala di sampulnya ada setem. tu yg FM suka tu hobi mengumpul setem.

sekian,
CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, April 7, 2015

335: BERBELANJA TANPA GST -SYARIKAT YANG MENYERAP KOS 6% GST


Nak berbelanja tanpa perlu tanggung kos 6%GST? Nah, sila lah support syarikat2 seperti di bawah yang sanggup menanggung kos tersebut. 

  1. MR. DIY 
  2. al ikhsan 
  3. MYDIN
  4. FARMASI CARING











selain yang tersenarai di atas, ada lagi tak syarikat yang tanggung kos 6%? 

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Friday, April 3, 2015

334: AWAN



pernah lihat awan macam ni?

gambar awan yang sempat FM ambil lewat petang semalam...

pada mulanya, awan yang seakan awan mammatus  ini terbentuk dengan jelas.. namun kelewatan FM merakam nya menyebabkan formation awalnya semakin pudar dan hilang...








di sudut yang lain, kelihatan awan-awan yang terbentuk menarik perhatian







semakin lama ia semakin berjauhan antara satu sama lain



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Thursday, April 2, 2015

333. 6% PERTAMA DARIKU UNTUK KERAJAAN MALAYSIA

GST dah bermula.
makanya, haruslah berjimat-jimat berbelanja.
bukanlah maknanya sebelum ini tak berjimat-cermat, tapi selepas GST dikuatkuasakan ni
makanya 6 % akan bertambah lah kan?

semalam FM ke 99 speedmart. 
seperti kebiasaannya, FM prefer beli barang di pasaraya speedmart sebab sebelum GST pun harga barang di pasaraya ini adalah lebih rendah berbanding pasaraya lain. 

dari resit nya tertera lah GST ID. 
di mana ini membuktikan ia pasaraya yang dah berdaftar. 
harga roti gardenia masih seperti dulu, RM2.25. harga di pasaraya lain RM 2.40. seperti yang FM bagitahu tadi, pasaraya speedmart memang menjual roti yang berharga RM2.40 pada harga RM2.25 dari dulu lagi.  harga barang-barang lain yang FM beli adalah seperti tertera dalam resit di bawah.


selamat mengadaptasikan diri dengan GST ya! suka tak suka kena hadap juga kan?

selamat berjimat cermat. 
pesanan untuk diri sendiri & semua~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Monday, March 16, 2015

332: adik punya roadway buatan sendiri

adik caliph ada banyak kereta
hari-hari dia akan main kereta
bila adik makan pun bawa kereta
bila mandi, adik mandikan kereta sama
bila tidur pun adik pegang kereta.. bawa tidur zzzz

infact, bukan kereta sahaja,
apa sahaja yang dikategorikan sebagai kenderaan
kereta, lori, bas, kapal terbang, keretapi, motor, helikopter dll

koleksi terawal adik tahun lalu~

koleksi semakin bertambah hari demi hari~

track keretapi tu irizz punya, kakak bagi kat adik~



mata dah ngantuk pun masih dengan kereta nya~

@Mc D, org makan, adik caliph belek kereta baru dia~

adik dengan kereta-kereta nya~

...bila dah main kereta tu, sure mama dia akan jumpa kereta di mana-mana jua
dia tengah hallway, di dapur, di ruang tamu, di bawah meja, atas katil..
boleh dikatakan kereta dan seumpamanya akan ada di mana-mana 
walau macam manapun mama tolong kemas kan

satu malam, kami bertiga membuat roadway nih
mama lukis, kakak tolong2 kaler..

siap, adik susun kereta dia!
hasilnya... 

T A D A ! ! ! ! 


roadway buatan sendiri~








































ada satu jalan tuh nampak banyak kereta berderet. 
mama tanya kenapa? adik jawab. 'jalan jem'..
hahaa
'jem pegi mana tu?.. adik jawab 'aeon' ..

;)

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, March 3, 2015

330:GOAT YEAR, GOOD TIMES

Event: Passion For Prosperity
Venue: Setia Eco Park, Seksyen U13, S. Alam.

FM join my husband's event @ Setia Eco Park
my husband jaga booth for Dulux

the event started at 6.30pm until 10 pm

mostly yang datang tuh adalah dari pemilik kediaman kat situ.. 
yang rata-rata adalah berbangsa cina
sementelah perayaan pun tema nya 'passion for prosperity'
memang tak ramai malays yang datang.

ada banyak games yang diadakan.. macam mainan di fun fair gitu~
and most games pun memang origin from china juga such as mahjong & mcm-mcm lagi.

infact, masa register masuk selain goodies every pelawat diberi kupon, 
macam kupon kat hari kantin masa skool dulu.

so, dah dapat kupon tuh, apa lagi.. 
try luck lah!

so, main game pistol memang tak kena. huhu.. kena jatuh 3 baru leh dapat gift 'goat' nih.
so kat game tu memang tiada hasil.
terus ke game pancing itik, pun tidak berhasil. 

finally, dapat satu. nama pun game nasib. nasib mengena satu.
ni lah hasil nya,

selain games or family fun punya acara.
ada juga lah chinese caligraphy, paper cutting, and macam-macam lagi.

sepanjang event,douglas lim yang jadi pengacara.
tapi sebab terlalu pack & crowded, tak dapat nak amik gambar dengan dia.

lepas dinner, tertumpu pada acara on-stage such as acrobatic from china, 
dancing & slot feng shui.

last sekali acara kemuncak dah tentulah 'lion dance' & 
acara penutup pertunjukan bunga api. 

~ME & caliph~

CINTA a.k.a Fatin Mraz

329: sepetang @ setia city mall

acara keriangan anak-anak memukul bubble ...






best juga lepak kat setia city mall nih
banyak aktiviti yang boleh dibuat.. macam sewa basikal & kayuh keliling park nih, 
electric bike, scooters.. 
main layang-layang.. main bubbles.. & lot more!


CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, February 10, 2015

328: lagu & cerita




ada lagu yang bila didengar akan mengingatkan kita pada cerita tertentu. begitu juga sebaliknya.vise versa. 
as for me, there a few songs that remind me to drama kat tv. antaranya mcm kat bawah ni. infact ada banyak, but FM just highlight yang FM layan jer.. ;)


dengar lagu ni teringat lakonan hebat aaron & nadiya nisa' ;)
teringat pula kat remy ishak & sara ali..dalam drama SATU HARI
OST untuk drama SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA! gandingan tiz zaqyah & izzue islam
  • drama meletop yang diadaptasi dari sebuah novel, LOVE YOU MR. ARROGANT dengan lagu tema tetap menantimu by nomad
  • lagu tentang dhiya nyanyian adiputra, merupakan watak utama drama TENTANG DHIYA slot akasia TV3 2011.
  • lagu hyper act, harapan OST untuk drama SEINDAH SAKURA dalam slot akasia TV3 tahun 2012 lakonan fasha sandha & fahrin ahmad. 
itu antaranya lah.. itu pun antara yang FM tonton.. kalian pula? 

CINTA a.k.a Fatin Mraz

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...