Followers

Wednesday, July 29, 2015

Tuesday, July 14, 2015

342. raya 2015! salam aidilfitri 1436 H



assalamualaikum

kurang lebih 2 hari saja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan 1 Syawal 1436H.
dengan itu kurang lebih 2 hari juga lah saki baki hari yang ada dalam bulan Ramadhan ni.

dengan itu, saya ambil peluang di sini untuk meminta maaf zahir & batin pada kalian semua seandainya ada tersalah bicara, tersilap kata. dan saya tidak menunggu hari raya untuk meminta maaf kerana tak tahu adakah panjang umur untuk menyambutnya.. 


pada yang baru merancang untuk pulang ke kampung, sila berhati-hati. rancang perjalanan. siapkan bekal apa-apa yang patut. pastikan kenderaan dalam keadaan selamat, angin tayar cukup. minyak cukup.. hehee

pada yang masih bekerja, teruskan bekerja. ceria-ceria selalu.

pada yang sudah berada di pangkuan keluarga, alhamdulillah. ringankan tulang dengan kerja-kerja apa yang patut. mobile phone tu kasi taruk tepi kejap ek?

CINTA a.k.a Fatin Mraz

Tuesday, July 7, 2015

341.istimewa


Ku mahu lebih dari itu
Juang cinta berlagu
Padam rasa pilu

Matamu sinar cahayaku
Menyalakan api cinta kita
Selamanya

Langit malam ini masih muda
Pejam matamu tenang seketika
Mimpi indah sampai ke syurga

Aku mahu sehidup semati
Jaga hatimu sampai hujung nyawa
Kau istimewa

Ku rasa apa yang kau rasa
Ombak yang kita bina
Takkan terpisah

Sempurna seindah rembulan
Istana kota bahagia
Milik kita

Langit malam ini masih muda
Pejam matamu tenang seketika
Mimpi indah sampai ke syurga

Aku mahu sehidup semati
Jaga hatimu sampai hujung nyawa
Kau istimewa

Langit malam ini masih muda
Pejam matamu tenang seketika
Mimpi indah sampai ke syurga

Aku mahu sehidup semati
Jaga hatimu sampai hujung nyawa
Kau istimewa



CINTA a.k.a Fatin Mraz

Wednesday, July 1, 2015

340. Kau Pergi Jua...



kau pergi jua.. sudah takdir Nya begitu.. ajal maut di tangan Tuhan 


dalam perjalanan FM utk pulang ke rumah hari isnin, dikejutkan dgn panggilan telefon dari adik FM, sungguh FM x menjangkakannya.. walaupun FM tau saat itu pasti tiba. 


pak itam dah meninggal
12 ramadhan 1436 bersamaan 29/06/2015 
11.30 pg

itulah yang terbaik, Allah ambil nyawanya... pak itam disahkan menghidap kanser paru-paru.
namun begitu, selepas pembedahan... dan siri masuk-keluar hospital dalam tempoh kurang lebih 3 bulan, dia akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya..

apa yang membuatkan FM terkejut apabila mendapat khabar tersebut adalah kerana, terasa baru sahaja FM berjumpa dengannya, hari jumaat 9 ramadhan 1436 yang lalu FM melawatnya di hospital. kelihatannya semakin pulih.

tp apakan daya, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.. 


malam 10 ramdhan itulah kali terakhir FM menatap wajahnya, menyuap makanan dan minuman ke mulutnya, mengusap ubun-ubunnya... dan sempat mengucup tangannya tatkala dia sudah dibenarkan keluar dari hospital. 


walaupun FM tiada ketika arwah menghembuskan nafas yang terakhir, namun FM tidak terkilan.

keesokan harinya, barulah FM berpeluang melawat pusara arwah di Tanah Perkuburan Raudahtul Sakinah, Taman Batu Muda. 



Seorang lagi insan terapat darah daging FM telah kembali ke rahmatullah,  setelah pemergian uwan (Ogos 2009), atuk (1990) & tachik..  

inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun

semoga roh Hj. Hamzah Bin Musip dicucuri rahmat.. 
& termasuk dlm golongan org2 soleh.. amiin..


ikhlas dari, 

 CINTA a.k.a Fatin Mraz





PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...