Followers

Monday, May 16, 2016

345: Happy Teachers Day 2016





FM tak pernah menghadiri pra sekolah. Belajar ABC dari kakak sulong yang garang di rumah. 

SKLJ-Sekolah Kebangsaan Long Jaafar 
merupakan sekolah pertama FM. 

Cikgu Khairunnisa nama cikgu yang paling FM takkan lupa. beliau adalah cikgu kelas 1L merangkap cikgu BM.  Beliau yang ajar mengeja dan membaca.

Cikgu Rodzi, cikgu kelas 3L. Dia special sebab dia cikgu lelaki yang muda (compare dengan cikgu-cikgu veteran yang lain) dan good looking guy.

Cikgu Badrol, cikgu kelas merangkap cikgu matematik sewaktu FM dlm darjah 6. Satu2 nya cikgu yang masuk kelas tak bawa buku or apapun. Sgt simple, tapi semua ilmu di dada. Masuk.jer kelas, dia akan terus tulis soalan latihan maths kat papan hitam, tak.henti sampai penuh satu papan hitam.  Pastu, tunggu di mejanya, siapa siap, terus hantar, dia terus semak. 

Dia juga cikgu yang selalu tegur FM dan bff yang selalu leka dgn hobi mengumpul setem. Cikgu sibuk tulis kat papan hitam, weols masih sibuk bertukar2 setem.
Memang buat cikgu marah, kan?

Itu nama2 guru yang dpt FM petik dari sekolah rendah.

Masuk sekolah menengah, TMGS, Taiping. 
FM paling ingat pn. chang, guru kelas 1C merangkap cikgu sains. Ustazah Fatimah-yang tegur tentang menutup kepala (pakai tudung). Ms. Cheong, cikgu praktikal yang mempunyai minat yang sama mase tu la, minat garfield gak.
Pn. Zaiton, PKHEM yang stylo. En Kana, cikgu Prinsip Akaun. Tapi tak lama stay di TMGS.

FM teruskan ke SMTKK (sebab tak minat akaun) . 

seterusnya ambil PKA Pengajian Kejuruteraan Awam. paling ingat pada En. Shahnom. Guru kelas merangkap guru Lukisan Kejuruteraan. cikgu Fizik, Mr. Boon & cikgu Maths Puan Salmi 

walaupun tak semua nama cikgu dapat diingati tapi wajah sorang2 tu masih boleh diingat. ada yang sudah kembali pada Ilahi juga. innalillahiwainailaihirojiun..

FM nak ucapkan selamat menyambut hari guru untuk semua guru2, pendidik, & pensyarah.
tanpa kalian, siapa lah diri ini.

betullah kata pepatah inggeris, 'teaching, is the profession that teaches all the other profession.'



CINTA a.k.a Fatin Mraz

PROMOTIONS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...